AdSense

Monday, December 21, 2015

#VapeOff - Sama macam rokok, shisha, VAPE adalah HARAM!


Ini bukan kata Suara Lensa tapi ini keputusan Majlis Fatwa selepas selesai Muzakarah Khas Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam.


Keputusan yang diumumkan oleh Pengerusi Majlis Fatwa Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin juga menegaskan bahawa vape berupaya memudaratkan kesihatan, membazir dan  perbuatan sia-sia (masa dan harta). Dalam masa sama ia dikategorikan sebagai perkara jijik yang memudaratkan malah berbau busuk.


Antara negeri yang sudahpun mengharamkan vape diperingkat negeri adalah seperti Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kelantan.

Sebelum ini, keputusan sama dikenakan pada rokok yang diputuskan haram sejak 23 Mac 1995 dan shisha pada 17 Julai 2013.

Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 (Maksudnya) :
“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.

Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 (Maksudnya) ;
“ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.

Sabda Rasulullah s.a.w (Maksudnya) :
“Tidak boleh mudharatkan (diri sendiri) dan memberi kemudharatan (kepada orang lain)”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)

Kaedah Usul Fiqh  :
“Menutup pintu kerosakkan”
“menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”.


Oh ya, untuk makluman, rokok elektronik ini juga sudahpun diharamkan di Singapura, Brunei, Hong Kong, Emeriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Britain, Argentina, Brazil, Kemboja, Mexico, Panama, Qatar dan Turki.

Rujukan :

Berita Harian Online
http://www.bharian.com.my/node/107224

e-Fatwa
http://www.e-fatwa.gov.my/

No comments:

Post a Comment