Pengguna bas di Koridor Sungai Besi dan Koridor Jalan Klang Lama kembali menerima khidmat daripada pengendali RapidKL berkuatkuasa bermula hari ini, 21 Disember 2015.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam kenyataannya kelmarin memberitahu, perkhidmatan tersebut melibatkan laluan 600 iaitu Puchong Utama - HAB Pasar Seni (sepanjang koridor Sungai Besi).
Koridor Sungai Besi |
Manakala laluan 506 meliputi Putrajaya Sentral - Bandar Utama (sepanjang koridor Jalan Klang Lama).
Koridor Jalan Klang Lama |
Sementara bagi perincian operasi pula adalah seperti berikut :
Laluan 600
5.30 pagi - 11.30 malam
Kekerapan setiap 10 minit pada waktu puncak pagi dan petang.
Laluan 506
6.00 pagi - 11.30 malam
Kekerapan setiap 30 minit pada waktu puncak pagi dan petang.
Sedia maklum ketika ini pihak SPAD sedang mempergiatkan usaha penambahbaikan perkhidmatan bas dibawah Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-Henti (BNR).
SPAD dalam pada itu sekali lagi memberi jaminan bahawa langkah proaktif sedang giat dilaksanakan bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan operasi sebaik mungkin dan pada kadar segera.
Disamping itu, SPAD juga sedang memantau operasi para pengendali melalui Sistem Hab Pemantauan Prestasi (PMHS) bagi tujuan menstabilkan perkhidmatan menjelang 31 Disember 2015.
Mana-mana pengendali yang gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan (terutama sekali berkaitan kekerapan perkhidmatan dan kapasiti bas) akan dikenakan tindakan tegas!
Untuk perhatian pembaca, di sini kami paparkan pautan beberapa artikel berkaitan BNR :
TAK CUKUP! - SPAD arah tambah bas
Turun padang : Acara wajib Pengerusi SPAD
#BNR - Nafas baru buat pengguna bas warga kota
No comments:
Post a Comment