'NO retreat, NO surrender!'
Antara laungan Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung UMNO 2015. Laungan yang membuatkan bulu roma pendengarnya berdiri meremang. Lebih-lebih lagi buat segelintir 'pendengar' yang tidak habis-habis mengecam dirinya, keluarganya dan parti keramat UMNO seterusnya menyerang kerajaan persekutuan setiap saat.
Sekalipun Perhimpunan Agung Orang Melayu terbesar di Malaysia ini baharu sahaja melabuhkan tirainya, segala mesej yang ada di dalamnya perlulah diteliti satu persatu. Setiap kata-kata yang dilontarkan oleh pimpinan tertinggi, para perwakilan dan 'otai' (veteran) UMNO sememangnya suara akar umbi yang perlu diketengahkan. Suara yang tidak boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja.
Setiap mesej, harapan dan saranan antara lain merupakan rencah kepada kekuatan parti.
Menyentuh tentang mesej dalam Perhimpunan UMNO tahun ini, penulis tertarik pada satu ucapan pemimpin parti di kawasan Kota Tinggi, Johor.
Kita (UMNO dan Barisan Nasional) lebih pada gerak kerja dan tidak bercakap. Sebaliknya pembangkang pula tidak bekerja, hanya banyak bercakap saja... Bukan sahaja pada ceramah saban malam, tetapi pembangkang juga banyak bercakap, banyak bising di laman media sosial.
Pemimpin tersebut yang juga merupakan Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid menyeru 'tulang belakang' parti iaitu sayap pergerakan Wanita UMNO supaya dapat turut serta berganding bahu menepis segala jenis persepsi dan fitnah yang bertaburan di media sosial.
Dengan adanya penglibatan dikalangan Wanita UMNO di dalam media sosial secara mantap ini dilihat mampu menyampaikan berita sahih kepada masyarakat. Sedia maklum, semua persepsi-persepsi yang disemai di laman sosial hasil ciptaan pembangkang cenderung berbaur fitnah sekaligus mengundang imej buruk kepada kerajaan pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional.
Datuk Ehsanuddin menyampaikan harapan beliau ketika dijemput menjadi tetamu kehormat dalam satu majlis keraian para sukarelawan Skuad Sayang yang bertugas pada Perhimpunan Agung UMNO 2015.
Dalam masa sama, Datuk Ehsanuddin juga menyifatkan Skuad Sayang yang sinonim dengan Wanita UMNO Malaysia sebagai sebuah kumpulan yang 'Energetik'. Kata lain, Skuad Sayang ini cukup proaktif, progresif dan bersemangat dalam usaha menzahirkan moto 'Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat.
Bekerja mengutip cukai bila duit habis belanja x untung.
ReplyDeleteBagila plak orang lain buat kerja. Ada bran?
Jenis membesar dlm tempurung...nasib la nak jadi macam filipina,...silakan
Deletekenapa tak cakap? takut org kota tanya...kontraktor mana yg dapat kerja? brapa percent agaknya kontraktor perlu derma kepada penyamon kecil?
ReplyDelete