AdSense

Monday, December 14, 2015

#ERL - Najib sudah bosan dengan perjanjian berat sebelah!

Aku naikkan semula video ini supaya semua faham dan jelas tentang kenaikan tambang ERL yang dimomokkan.

Kalau parti pembangkang kecoh pasal isu ini 'no wonder' lah sebab depa pembangkang, kerja nak balun kerajaan persekutuan...

Ini ada juga dikalangan anggota Barisan Nasional yang cuba menjadi 'hero' apabila dengan lantang menghentam parti sendiri.

Presiden yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pula kena bercakap sendiri untuk memperjelaskan situasi sebenar. Tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan oleh rakan-rakan dalam parti. Oleh sebab 'semua benda diletakkan atas bahu PM', maka terpaksalah video ini ditekankan.

Najib secara JELAS mengatakan perjanjian konsesi melibatkan syarikat kroni YTL yang berat sebelah.

Sekarang kerajaan sedang berusaha memperbetulkan perkara-perkara yang tidak betul pada suatu masa dahulu. Masa atau zaman yang tidak ada media sosial. Tidak ada Facebook, Twitter, Whatsapp dan sebagainya untuk mencetuskan persepsi buruk terhadap kerajaan.

Fikirkan dan renungkan, kenapa kerajaan pada hari ini dikecam dengan teruk sekali bukan sahaja dari luar tetapi juga dari dalam organisasinya sendiri.

Ini termasuklah berkaitan isu 1MDB - Marahnya segelintir pihak apabila gagal mendapatkan tanah ditengah kotaraya Kuala Lumpur.

Segala macam perjanjian berat sebelah pada zaman media sosial tidak wujud suatu masa dahulu ini perlu diperbetulkan. Ini adalah fokus utama kita sekalipun ada yang beranggapan ia sebagai perang sesama sendiri.

Namun, nampak gayanya Najib selaku PM HARI INI tidak mengendahkan kecaman dan kritikan yang diterima daripada beberapa kumpulan peniaga yang kebal pada suatu ketika dahulu.

Tindakan seperti ini dilihat lebih berpihak kepada kerajaan dan rakyat. Insya Allah, lebih banyak lagi kejayaan dapat dicapai menjelang negara maju dan Wawasan 2020 apabila Najib kelihatan cukup komited menjalankan amanah rakyat sebagai Perdana Menteri Malaysia pada hari ini.

2 comments: