AdSense

Sunday, December 6, 2015

Kerajaan utamakan pendidikan rakyatnya... Ini bukan cakap kosong!


Kerajaan sememangnya memandang berat soal taraf pendidikan rakyat Malaysia. Ini bukan cakap 'gempak dalam ceramah politik, tetapi ini merupakan usaha komited kerajaan apabila menyentuh soal pendidikan rakyatnya.


Bajet 2016 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak  sebelum ini memperuntukkan sejumlah RM41 bilion untuk pelajaran rakyat Malaysia. Angka yang besar membuktikan kesungguhan kerajaan.


Kata Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, usaha kerajaan ini sekaligus membantu para ibu bapa dalam soal pelajaran anak-anak mereka.

Para ibu bapa pastinya akan menanggung sendiri segala perbelanjaan pendidikan anak-anak mereka sekiranya kerajaan yang memerintah hari ini mengambil sikap tidak peduli terhadap kebajikan rakyatnya.

Tepat sekali, jika kerajaan yang ada hari ini 'zalim' dan 'perompak' sepertimana yang dituduh pihak di sebelah sana... soal pendidikan anak-anak kita pastinya terbiar dan tidak dihiraukan.


Kalaulah kerajaan benar-benar zalim, perompak dan pelbagai cacian buruk, lebih baik peruntukkan RM41 bilion itu mereka 'songlap'. Tapi kerajaan pemerintah yang ada hari ini ternyata membela nasib rakyat sekaligus menolak fitnah segelintir pihak yang membuat tuduhan berniat jahat.

Baru-baru ini satu program 'Back To School' Parlimen Kota Tinggi diadakan dengan usahasama Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Pusat Khidmat Parlimen Kota Tinggi, Yayasan Mesra, PPD Kota Tinggi dan JKKK Felda Bukit Easter.


Dalam program ini, para pelajar menerima sumbangan-sumbangan seperti beg sekolah, alatan tulis dan sumbangan berbentuk kewangan. Sumbangan ini diberikan oleh Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat PLUS kepada 200 asnaf yang bakal memulakan sesi persekolahan tahun hadapan.

Lebih 1,000 pelajar di 25 sekolah kebangsaan di Parlimen Kota Tinggi turut menerima bantuan peralatan sekolah dalam program tersebut.

Syukur Alhamdullillah... Kerajaan di bawah pemerintahan BN ini bukan sekadar bercakap kosong tetapi melaksanakan tanggungjawabnya kepada rakyat.

Akan ada mulut-mulut busuk yang sentiasa dengki dengan apa jua aktiviti yang dijalankan oleh BN. Namun, BN tetap berkhidmat kepada rakyat tanpa memilih latarbelakang atau fahaman politik!

No comments:

Post a Comment