AdSense

Sunday, December 6, 2015

Kekuatan orang muda dalam MCA


Terdengar laungan semangat "Hidup MCA!" pada satu majlis makan malam di Titiwangsa baru-baru ini. Apa yang menarik, laungan itu datang daripada suara anak-anak muda yang masih berdiri dibelakang MCA - parti komponen Barisan Nasional (BN).


Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam ucapan pada malam itu menyambut sokongan yang dizahirkan dengan memberi penghargaan terhadap pengiktirafan tersebut.


Ternyata sokongan daripada suara anak muda seperti ini menjadi pendokong kepada kekuatan parti dalam usaha membela nasib rakyat khususnya masyarakat Cina - tanpa menggunakan sentimen perkauman yang liar sebagaimana yang diamalkan parti pembangkang meraih sokongan.


"Marilah kita bersama-sama membawa kembali kegemilangan MCA. Perjuangan yang bersandarkan kepada kesederhanaan serta menolak budaya ekstrimis."

Inilah bezanya parti komponen BN berbanding parti pembangkang terutama sekali satu parti yang kononnya memperjuangkan nasib masyarakat kaum Cina. Parti tersebut hanya pandai menakut-nakutkan rakyat dengan amalan ekstrimis serta mencetuskan isu-isu berbaur perkauman.

Budaya tidak sihat sedemikian berupaya meruntuhkan perpaduan yang dinikmati Malaysia sejak sekian lama. Sebab itu MCA bersungguh-sungguh mahu mengembalikan kegemilangan parti mereka demi memperjuangkan dan membela rakyat Malaysia mengikut budaya yang lebih harmoni.

 Majlis Penabalan AJK Kelab Bekas Mahasiswa Cina UKM semalam.

Tiong Lai bersama Timbalannya Datuk Seri Dr Wee Ka Siong kelihatan begitu komited memacu MCA menuju era kegemilangan parti bersama prinsip perjuangan yang sentiasa bersederhana atau moderat.

Sebab itu, golongan muda sememangya tidak pernah dipinggirkan dan diabaikan apabila mereka diberikan tempat sewajarnya di dalam parti bagi sama-sama berkhidmat untuk rakyat.

No comments:

Post a Comment