AdSense

Tuesday, November 3, 2015

Program peniaga kecil dapat perhatian khusus MCA


Penjaja dan peniaga kecil merupakan antara platform awal sebagai seorang usahawan yang berjaya. Kebanyakkan individu baik dalam mahupun luar negara mula bertatih dari perniagaan kecil sehingga mereka berjaya berlari bahkan melompat dengan tinggi.


MCA melihat perusahaan peniaga kecil ini sebagai potensi besar untuk melahirkan bakal-bakal usahawan yang berjaya suatu masa nanti. Maka tidak hairanlah mereka bertindak proaktif berdasarkan kepada beberapa prinsip antaranya Pendekatan Transformasi MCA mengikut Arah 10 Strategik Ekonomi.

Ia bukan terhenti setakat diatas kertas semata-mata tetapi MCA dilihat komited melaksanakannya. Ini dapat dilihat dengan jelas apabila hubungan antara MCA dan persatuan-persatuan peniaga kecil sedang berjalan dengan rancak.

Baru-baru ini MCA ada menghadiri satu program makan malam bersama ahli-ahli Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil. Antara topik yang dibincangkan adalah mengenai cadangan penganjuran karnival pada tahun hadapan.

Setelah diadakan perbincangan dan melihat secara kasar mengenai karnival tersebut atau secara tepatnya, Karnival Jalan Gourmet, MCA menyatakan sokongan terhadap cadangan berkenaan.

Terbukti, kertas kerja atau pelan-pelan transformasi yang digerakkan ini bukan setakat cakap semata-mata. MCA begitu komited dalam usaha mereka meningkatkan ekonomi rakyat khasnya masyarakat Cina dan rakyat Malaysia amnya.

Bukan kekuatan pada kertas tetapi perlaksanaannya!

No comments:

Post a Comment