AdSense

Tuesday, November 3, 2015

Memantapkan PLKN


Baru-baru ini kenderaan daripada syarikat Toyota ada menarik balik buatan mereka berikutan terdapat masalah berkaitan 'power window'. Sebelum ini, syarikat seperti Proton berdepan masalah sama dan dianggap lali oleh pengguna.

Bukan sahaja mesin atau kenderaan tetapi soal penambahbaikan ini juga melibatkan semua perkara. Kerana apa yang kita cipta itu tidak semuanya sempurna dan perlunya ada penambahbaikan supaya sesuatu yang baik menjadi bertambah baik.


Demikianlah yang dihadapi oleh satu program pembina jati diri anak muda Malaysia - Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Keputusan kerajaan menangguhkan sementara program ini dipandang positif setelah melihat kepada perincian-perincian antara lain berhubungkait dengan penambahbaikan dan memantapkan PLKN.


Sepertimana kata Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid bahawa antara perincian yang akan dibuat adalah mengenai sistem pengambilan para peserta dan penambahbaikan modul latihan berdasarkan kehendak semasa.

Selain daripada itu, tempoh program juga diambilkira dengan memendekkannya daripada 3 bulan kepada 2 bulan untuk satu-satu sesi. Ia sekaligus memberi ruang yang sesuai untuk para pelatih melanjutkan pengajian mereka di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) selepas menamatkan program PLKN.

Sementara intipati modul PLKN2.0 pula diisi dengan pengisian pelbagai seperti Fit4Life, Tech & Talk, I-Upgrade, Malaysiaku, Be Safe Be Alert, dan tiga modul lain turut diberi penekanan ialah Spirituality, My Future dan Service Learning.

Jadi, penambahbaikan dan usaha memantapkan PLKN yang berusia lebih 10 tahun ini disifatkan satu keputusan yang wajar dan tepat.

No comments:

Post a Comment