Cukup jelas pada kita bahawa anggota parti pembangkang hanya pandai bermain dengan kata-kata berbentuk tuduhan dan provokasi samada ketika di Dewan Rakyat mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri-negeri.
Jika ADUN Sekinchan Ng Suee Lim dari DAP cuba bermain api apabila mahu menukar nama sebuah kampung di Selangor (tak ada kerja lain gamaknya sampai nama kampung pun hendak dipolitikkan), seorang Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong yang juga dari DAP pula seolah-olah menuduh kerajaan pemerintah dengan melontarkan 'soalan' bodoh di Dewan Rakyat.
"Tentang peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri (JPM). Sebenarnya RM8.5 bilion dalam peruntukan pembangunan itu bukan untuk agensi tetapi untuk Perdana Menteri dan untuk beliau berikan kontrak ataupun projek secara budi bicara ataupun ikut suka hati. Minta komen." Amboi, 'lantang' sungguh Chin Tong ini...
Nampak, ahli pembangkang seperti ini cukup gemar menonjolkan kebodohan diri sendiri. Cuba mengetengahkan sesuatu perkara yang kelihatan 'funky bombastic'. Macam isu cincin 24juta - 'Saya hanya bergurau' (Selepas syarikat yang berkenaan membuat penafian terhadap fitnah yang dibuat). Sama macam isu 40k Pengundi Bangla yang asalnya konon-konon 'bertanya' tetapi hakikatnya menuduh. Sampai sekarang tak tahu mana pergi semua 40k Bangla yang hangat dihebahkan pada PRU13.
Apa yang paling ketara di sini ialah bagaimana pemikiran anggota parti pembangkang yang sentiasa cuba menuduh pihak lawan dengan apa jua cara - termasuk menggunakan kata-kata berunsur fitnah dan persepsi semata-mata. Hebat, mereka gunakan 'soalan' sebagai senjata untuk membuat fitnah.
Sedih sekali apabila perkara ini berlaku di dalam dewan yang mulia, Dewan Rakyat. Ia sepatutnya dijadikan tempat untuk membangunkan sebuah negara, bukannya melontarkan kata-kata berunsur negatif sepertimana yang diamalkan pemimpin parti pembangkang.
Ahli Parlimen Kota Tinggi (BN) Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid ketika menjawab 'soalan' itu menjelaskan... (ahli parlimen Pembangkang ini mungkin juga jenis malas buat 'homework', atau tahu sesuatu perkara tetapi buat-buat tak tahu atau mereka ini mungkin memang jenis yang tidak matang dan profesional)
Kata Ehsanuddin, RM5.6 bilion itu untuk Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) adalah bertujuan untuk menggalakkan penglibatan swasta bagi merancakkan pelaburan domestik tanpa terlalu bergantung kepada pelaburan asing. DAP buta tentang perkara yang berupaya memberi kesan positif kepada rakyat secara keseluruhannya.
Ehsanuddin menggambarkan secara terperinci dengan memberikan contoh ; projek jalanraya yang bernilai RM1.1 bilion dari Johor Bahru ke Nusajaya yang dibiayai melalui UKAS. Kewujudan 'trunk road' yang lebar ini sekaligus akan merancakkan pembangunan di Iskandar! Ini yang tidak mampu dilihat oleh pemimpin pembangkang.
Sementara pendekatan baharu kerajaan adalah dengan memperkenalkan 'facilitation fund' untuk pembangunan koridor seperti Iskandar, ECER dan SKOR. Projek MRT dan LRT misalnya, kebanyakkan tanah terutamanya di Selangor adalah berharga tinggi. Sebab itu proses pembelian adalah tinggi dan memerlukan peruntukkan yang dibiayai oleh kerajaan dengan kadar yang tinggi juga.
Manakala ada 93 agensi dibawah JPM termasuklah seperti PR1MA, APMM, UKAS, Bencana, UPEN, ESSCOM dan lain-lain.
"Pandangan (Chin Tong) itu jauh tersasar... Tanggapan itu tidak betul." Tegas Ehsanuddin.
Sudah-sudahlah berpolitik wahai anggota parlimen pembangkang... Beri laluan kepada kerajaan dibawah pentadbiran Barisan Nasional untuk membangunkan negara demi manfaat rakyat Malaysia! Rakyat sudah mual lah dengan politik persepsi, fitnah dan menjengkelkan amalan pembangkang ini!
No comments:
Post a Comment