AdSense

Thursday, November 5, 2015

3 fokus utama dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan Asean kali ke 21


Hari ini bermulanya Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan ASEAN kali ke 21 (ATM Ke-21). Mesyuarat yang berlangsung selama dua hari ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi siang tadi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).


Tiga perkara diberikan fokus utama dalam mesyuarat ini iaitu pasaran penerbangan tunggal ASEAN, pasaran perkapalan tunggal ASEAN dan pengurangan pelepasan gas rumah hijau.

Sementara lain-lain perkara yang akan dibincangkan adalah mengenai pengukuhan Dasar Langit Terbuka dikalangan negara anggota ASEAN, langkah bagi meningkatkan tenaga boleh diperbaharui serta perlaksanaan inisiatif jalan dan jajaran oleh China.

Selain itu, isu pencemaran udara juga mendapat perhatian serius Malaysia. Sebanyak 22.9 peratus pelepasan gas melibatkan sektor pengangkutan.

Untuk makluman pembaca, ATM Ke-21 ini menjadikan Pelan Tindakan Strategik Pengangkutan Kuala Lumpur (KLTSP 2016-2025) sebagai sasaran untuk direalisasikan.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu, agenda utama KLTSP merupakan pelan 10 tahun yang dilihat berupaya memperkasa serta memantapkan lagi sektor pengangkutan dan perhubungan negara anggota ASEAN.

No comments:

Post a Comment