AdSense

Thursday, October 8, 2015

Tarik bantuan sekolah agama : Terima kasih DAP


Rakyat Pulau Pinang pasti rasa berbangga apabila kerajaan pilihan mereka DAP berjaya menarik balik bantuan untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Terkini, Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU) di Permatang Pauh menerima nasib malang mereka. Hak mereka dinafikan pada tahun ini, sekalipun sudah menerima bantuan kerajaan negeri sejak tahun 2008.


Sebelum ini DAP Pulau Pinang mengenakan tindakan sama kepada Sekolah Rendah Islam Al-Ansor (SRIA). Untuk makluman pembaca, pengetua SRIA ini adalah Muhammad Fauzi Yusof yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri.


Sedang kerajaan persekutuan dibawah pentadbiran UMNO / Barisan Nasional memberi sumbangan kewangan RM25 juta kepada sekolah pondok di seluruh negara, kerajaan DAP pula menyekat bantuan yang sepatutnya disalurkan kepada mereka yang memerlukan.


Umat Islam di Pulau Pinang tidak perlu berbuat apa-apa. Hanya duduk sahaja di rumah sambil memerhatikan amalan kerajaan DAP di negeri mereka dengan hati tenang. Sementara masyarakat di negeri-negeri lain pula sedang menonton pemerintahan DAP dibawah kuasa Dinasti Lim dengan rasa seronok.

Terima kasih DAP... Mula-mula sekat bantuan, apa pula selepas ini? Hapuskan semua sekolah agama?





No comments:

Post a Comment