Posting ini bukanlah bertujuan politik sepertimana yang dianggap oleh segelintir pihak. Kononnya blogger pro BN sengaja membangkitkan isu yang melibatkan pemerintahan kerajaan negeri pembangkang - Selangor.
Namun, isu ini perlu juga diketengahkan bagi memperjuangkan nasib sebuah sekolah agama yang kini tersepit dengan pertelagahan dengan pihak pemaju dan pentadbiran Majlis Perbandaran. Dalam kes ini, ia melibatkan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
Isu yang berlanjutan sejak sekian lama ini seharusnya sudah selesai dengan mendapatkan sokongan dan tindakan daripada wakil rakyat di kawasan itu. Apakah tiada wakil rakyat disitu? Melainkan ia diwakili pemimpin DAP sepertimana di Pulau Pinang maka tidak hairanlah.
Tetapi, sekolah agama yang dimaksudkan, Maahad Hamidiah Kajang masih dibelengu dengan kemelut yang menimpa mereka sehingga terpaksa menubuhkan Fan Page di Facebook dengan nama 'Selamatkan Maahad Hamidiah Kajang' demi meraih sokongan orang ramai.
Dalam pada itu, secara tidak langsung, kebangkitan mereka ini telah mendedahkan kepada kita mengenai ketidaktelusan pihak berkuasa sebagaimana yang didakwa oleh Fan Page tersebut.
(19.10.2015)
Mari kita kaji tindakan Mpkj. Semoga dengan pendedahan ini, Bantahan Projek Louvre ini menjadi Relevan kepada anda semua.
Untuk Projek Louvre, telah terbukti dengan jelas dan diakui oleh Mpkj bahawa Pemaju telah menipu kelulusan LLM untuk mendapat kelulusan Infra Struktur. Tiada tindakan Pembatalan Kelulusan dibuat. Sekadar hanya minta pemaju ikut semula kelulusan yang sebenar oleh LLM.
Sekiranya pemaju tidak membuat penipuan tersebut, pasti kelulusan infra tidak diperolehi dan KM akan lupus. Mungkin atas dasar tersebut, pemaju perlu menipu dahulu, atau Mpkj semenangnya tahu dari awal dan bersekongkol. Mungkin Mpkj tidak sangka akan ada pihak yang akan mengorek rahsia mereka!
Sekarang, bayangkan apa yang akan Mpkj lakukan kepada anda sekiranya:-
1) Anda meletak kereta di tempat yang salah. Kompaun dikeluarkan. Adakah Mpkj akan sekadar beri nasihat supaya parking di tempat yang betul dan melepaskan anda begitu sahaja?
2) Anda membuat pengubahsuaian tanpa masuk pelan. Stop Work Order di keluarkan. Adakah Mpkj akan sekadar beri nasihat supaya akan datang sila masuk pelan dan melepaskan anda begitu sahaja?
3) Anda tidak membayar cukai pintu. Adakah anda akan di denda Fi atau Mpkj akan sekadar beri nasihat supaya akan datang sila bayar dan melepaskan anda begitu sahaja?
Banyak lagi contoh yang boleh di beri.
Sekarang adakah anda nampak perbezaan layanan Mpkj kepada anda berbanding pemaju projek Louvre.
Semoga dengan sedikit pencerahan ini dapat membuka mata semua untuk membantu kami melawan sikap double standard ini.
Sebelum itu, Fan Page ini memohon sokongan masyarakat agar berdiri dibelakang mereka dalam satu bantahan yang akan diadakan pada 3 November nanti.
Satu DEMONSTRASI BANTAHAN terhadap pembinaan 36 tingkat servis apartment The Louvre berhampiran satu2nya sekolah agama di Kajang iaitu SMKA Maahad Hamidiah Kajang yg telah diasaskan pada 1963 akan DIADAKAN. Maahad ini dikenali dalam melahirkan para cendekiawan, profesional, tokoh agama dll dan menjadi pengimbang & pelapis generasi islam di masa kini dan masa hadapan.
Kami AMAT menghargai sokongan padu tuan puan dari segi mendoakan (Sedekahkn al fatihah, bacaan surah yg sesuai), HADIR BERAMAI2 atau menghantar wakil sekalipun tuan tidak dapat hadir dalam memastikan projek yg bakal menempatkan Penjualan ARAK, SPA, PUB, Disko, dll betul2 di hadapan sekolah agama DIBATALKAN.
Adakah tuan sanggup melihat sekolah agama ditenggelamkan atau dipindahkan dek arus pembangunan (kerakusan pemaju) berbanding sekolah aliran lain yg tetap utuh tanpa diganggu gugat walau terletak di ceruk bandar mana sekalipun. Pelbagai masalah sosial, kesesakan jalan raya bakal mengundang keresahan penduduk sekitarnya dan umat islam keseluruhannya.
Mohon uar-uarkan DEMONSTRASI bantahan pembinaan servis apartment Louvre (menempatkan hampir 500 buah kondo dan 30 lot kedai) dalam bentuk apa sekalipun kpd semua yg dikenali @ tidak. Aduan kami tidak diendahkan. Mari kita sama2 bangkit pertahankan hak Pendidikan Islam demi AGAMA dan anak bangsa.
Sila layari FB Selamatkan Maahad Hamidiah Kajang untuk sejarah dan maklumat lanjut bantahan.
https://www.facebook.com/maahadhamidiahkajang
(17.10.2015)
Demo 3.0 Bantahan Projek Louvre
Tarikh: 13.11.2015
Masa: Selepas Solat Jumaat
Tempat: Jalan
Keluar Masuk Maahad Hamidiah Kajang
Cadangan Tempat Berkumpul:
1. Surau Maahad Hamidiah Kajang
2. Masjid Hasanah Bangi
3. Masjid UKM
4. Masjid Sungai Ramal Luar
5. Masjid Jamek Kajang
6. Surau Saujana Impian Kajang
7. Masjid Uniten
8. Masjid Upm
Kepada yang berkumpul selain dari Surau Maahad akan berkonvoi secara berkenderaan diketuai oleh Petugas Task Force yang dilantik.
Mari kita semua mencipta sejarah bantahan yang terbesar pernah diadakan di Kajang dengan konvoi datang berpusu pusu dari segenap penjuru menuju Maahad Hamidah Kajang.
Maklumat lanjut akan diberi dari masa ke semasa.
Apa sudahnya nanti projek ni nanti...
ReplyDeleteAdakah isu2 yg berbangkit ini boleh menyebabkan projek ini dibatalkan???
ReplyDelete