AdSense
Monday, October 19, 2015
Moderat MCA melawan DAP
Perhimpunan Agung MCA kali ke 62 menyaksikan laungan anti-perkauman oleh pemimpin-pemimpin tertinggi MCA sekaligus membawa kita kepada era bermulanya kemerdekaan negara.
Parti-parti dalam Perikatan ketika itu memerintah Tanah Melayu sambil menjadikan isu perkauman sebagai musuh utama. Komunis, 13 Mei antara isu yang kekal dalam lipatan sejarah negara.
Semangat melawan isu perkauman yang secara jelas merugikan masa depan negara terus diperjuangkan oleh MCA. Salah satu parti komponen yang tetap setia bersama UMNO, MIC dan beberapa parti lain di dalam Barisan Nasional (BN).
Ini dapat dilihat dan didengar pada Perhimpunan Agung Tahunan MCA kali ke 62 baru-baru ini.
Presiden parti Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam ucapannya ada menyentuh soal parti lawan DAP dalam usaha merebut hati masyarakat Cina. Apa yang dinyatakan Tiong Lai adalah bagaimana gigihnya DAP mendekati masyarakat Cina dengan menggunakan isu perkauman pada setiap masa.
Kononnya mereka dalam DAP lebih 'Cina' daripada MCA. Kononnya parti yang dianggap sebagai 'adik' kepada parti terbesar Singapura, PAP memperjuangkan nasib rakyat. Sedangkan secara jelas dapat dilihat bagaimana sentimen rasis dan kebencian menjadi tulang belakang kepada kekuatan parti dengan simbol 'roket' itu.
Sekali lagi MCA menjelaskan bahawa elemen rasis dan kebencian adalah sesuatu yang tidak sesekali digunakan oleh parti itu bagi tujuan meraih sokongan. MCA masih kekal bersifat positif apabila tetap berpegang kepada prinsip kesederhanaan, keharmonian dan perpaduan sebagai wadah perjuangan parti. Unsur-unsur positif ini dapat kita rangkumkan menjadi satu perkataan iaitu, moderat.
Bagi Suara Lensa, MCA kelihatan lebih bertamadun dalam berpolitik berbanding DAP yang cenderung bersifat radikal dan ekstrem.
Menyebut tentang mendapat sokongan rakyat, MCA dalam pada itu menzahirkan kesiapsiagaan mereka bagi menghadapi pilihanraya umum ke 14 (PRU14) yang dijangka berlaku 2 tahun akan datang.
Strategi jangka panjang dirangka bersama dengan beberapa pembaharuan selari dengan agenda transformasi negara. Dan ini termasuklah menjadikan pengundi muda sebagai sasaran utama mereka. Kenyataan mendekati pengundi muda ini dilaungkan oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong.
Untuk itu, MCA hari ini menjalin kekuatan dan bersatu padu dikalangan anggota parti apabila bersama-sama bergerak dalam satu kumpulan bagi mencapai hasratnya itu.
Sebab itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO mengatakan bahawa MCA bukanlah 'sleeping partner' di dalam komponen BN.
Nah! DAP pastinya berasa terancam dengan kebangkitan MCA apatah lagi sudah menyentuh soal strategi parti untuk memenangi hati masyarakat Cina. Apa yang dapat dirumuskan, bukan sahaja masyarakat Cina bahkan masyarakat yang lain juga semakin bosan dengan perjuangan politik berasaskan perkauman dan kebencian yang menjadi amalan DAP dan parti-parti pembangkang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment