Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai menyifatkan pembentangan Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri semalam membuktikan bahawa kerajaan bersungguh-sungguh memberi tumpuan terhadap soal kebajikan rakyat sekaligus berupaya melakar pertumbuhan negara.
Pelbagai inisiatif dibentangkan seperti soal kadar cukai buat golongan berpendapatan sederhana termasuk lain-lain inisiatif proaktif dan fokus terhadap kos sara hidup.
Menyentuh tentang manfaat Bajet 2016 kepada masyarakat Cina khususnya, Liow merumuskan ia dengan mengukir senyuman tanda terima kasih kepada Perdana Menteri.
Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu antara lain memperuntukkan RM50 juta dibawah Koperasi Jayadiri Malaysia (KOJADI) bertujuan membantu usahawan Perusahawan Kecil Sederhana (PKS) masyarakat Cina.
Sementara tambahan RM90 juta pula sebagai pimjaman mikro kredit kepada peniaga-peniaga kecil.
Berita baik ini pastinya mendapat reaksi positif dikalangan pemimpin MCA. Apatah lagi perjuangan MCA dalam usaha mentransformasikan serta penjenamaan semula Institut KOJADI kepada Institut VTAR mendapat perhatian kerajaan.
Ini berikutan pengumuman Perdana Menteri bagi mensasarkan 60% daripada 1.5juta pekerjaan baharu adalah pekerja berkemahiran Pendidikan Teknikal, Vokasional dan Latihan (TVET) menjelang tahun 2020. Sebanyak RM4.8 bilion diperuntukkan kepada 545 institusi, sebagaimana yang terkandung di dalam tunjang ke 3 Bajet 2016 - Mempersiaga Modal Insan.
Liow yang juga merupakan Menteri Pengangkutan turut menyambut baik peruntukkan RM8.54 bilion oleh kerajaan untuk pembangunan pengangkutan negara. Ini termasuklah pembinaan / penambahbaikan jalanraya, jambatan, keretapi, transit laju, penerbangan awam, pelabuhan dan perkhidmatan laut. Manakala RM3.95 bilion diperuntukkan untuk pengurusan dan pembangunan.
Jelas Liow, kerajaan sememangnya berpegang teguh terhadap pembangunan infrastruktur pengangkutan negara. Ia merupakan satu perkara yang penting dalam soal pembentukan masa depan negara lebih-lebih lagi mencapai hasrat sebagai sebuah negara membangun dan maju.
Jelas pada kita bahawa pembentangan Bajet 2016 ini cukup tepat dengan temanya iaitu 'Mensejahterakan Kehidupan Rakyat' sambil bertunjangkan kepada 5 keutamaan iaitu Memperteguh Ketahanan Ekonomi Negara; Meningkatkan Produktiviti, Inovasi dan Teknologi Hijau; Mempersiaga Modal Insan; Memperkasa Agenda Bumiputera; dan Meringankan Kos Sara Hidup.
#TerimaKasihKerajaan
1Malaysia
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
No comments:
Post a Comment