AdSense

Monday, September 21, 2015

#MusimHaji : Prasarana mulakan operasi tren di Makkah


Selepas menjalani pelbagai ujian dan persediaan sejak bulan Mei lalu, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) pada hari ini 21 September secara rasmi memulakan operasi tren Al Mashaaer Al Mugaddasah Makkah Metro Southern Line (MMMSL) bagi tempoh 7 hari pada musim haji 2015 di kota suci Makkah.


Buat operasi pertamanya dalam musim haji ini, sebanyak 12 gerabak mula digerakkan dengan upaya kapasiti seramai 3,500 orang penumpang. Para jemaah haji kini boleh menggunakan perkhidmatan rel ini yang beroperasi tanpa henti selama 24 jam!

Seramai 7,400 orang kakitangan termasuk 400 daripadanya rakyat Malaysia akan bertugas sepanjang musim haji ini seawal jam 4 pagi.


Untuk makluman pembaca, Makkah Metro ini dikendalikan sepenuhnya oleh Prasarana dan ia sekaligus membawa nama baik Malaysia yang berkebolehan serta berdaya saing di peringkat antarabangsa. Tren ini memiliki 120 buah pintu dengan panjang tren 300 meter.

Sementara laluan yang digunakan pula adalah sepanjang 18.1 kilometer. Ia juga merangkumi 9 buah stesen iaitu Arafah 1, Arafah 2, Arafah 3, Mudzalizah 1, Mudzalifah 2, Mudzalifah 3, Mina 1, Mina 2 dan Jamarat (Mina 3).

Jumlah penumpang sehari dianggarkan berjumlah 350,000 orang menjadikan total keseluruhan seramai 2.4 juta orang.


Prasarana mendapat kepercayaan untuk mengendalikan MMML dengan kontrak selama 3 tahun selepas mengambil alih daripada pengendali terdahulu, China Railway Construction Consortium (CRCC).

Dalam perkembangan lain, Pengarah Operasi MMMSL Haji Muhammad Burhanordin Ismail memberitahu, perjalanan tren ini akan dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu A,B,C,D dan E.


"Perjalanan A akan berjalan secara berterusan selama 34 jam sehingga 7 malam (8 Zulhijjah) sebelum kita memulakan Perjalanan B (08.00 - 10.00) untuk pergerakan jemaah haji ke Arafah.

"Perjalanan B akan menjadi satu perkhidmatan ulang-alik dengan mengambil jemaah dari tiga stesen di Mina seterusnya ke tiga stesen di Arafah," katanya.

Berikut merupakan senarai perjalanan :

PERJALANAN A  
7 Zulhijjah / 21 Sept (0400hrs – 2400hrs) – berhenti di kesemua 9 stesen

8 Zulhijjah / 21 Sept (0000hrs – 1900hrs) – berhenti di kesemua 9 stesen

PERJALANAN B (B1)
8 Zulhijjah / 21 Sept (200hrs – 2400hrs) – Mina 1, 2, 3 ke Arafat 1, 2, 3

PERJALANAN B (B2) 
9 Zulhijjah / 22 Sept (0000hrs – 1000hrs) – Mina 1, 2, 3 ke Arafat 1, 2, 3

PERJALANAN C 
9 Zulhijjah / 22 Sept (1818hrs – 2200hrs) – Arafat 1, 2, 3 ke Muzdalifah 1, 2, 3

PERJALANAN
9 Zulhijjah / 22 Sept (2330hrs – 2400hrs) – Muzdalifah 1 ke Mina 1, 3; Muzdalifah 2 ke Mina 2, Mina 2; Muzdalifah 3 ke Mina 3.

10 Zulhijjah / 23 Sept (0000hrs – 0830hrs) – Muzdalifah 1 ke Mina 1, 3; Muzdalifah 2 ke Mina 2, Mina 2; Muzdalifah 3 ke Mina 3.

PERJALANAN
10 Zulhijjah / 23 Sept (0900hrs – 2400hrs) – Mina 1, 2; Muzdalifah 3; Arafat 3; Mina 3.

11 Zulhijjah / 23 Sept (0000hrs – 2400hrs) – Mina 1, 2; Muzdalifah 3; Arafat 3; Mina 3.

12 Zulhijjah / 23 Sept (0000hrs – 2400hrs) – Mina 1, 2; Muzdalifah 3; Arafat 3; Mina 3.

13 Zulhijjah / 23 Sept (0900hrs – 1800hrs) – Mina 1, 2; Muzdalifah 3; Arafat 3; Mina 3.

No comments:

Post a Comment