AdSense

Thursday, June 18, 2015

Presiden MCA : Organisasi cerai-berai, bagaimana mahu tadbir negara?


DAP kata begini.... PAS kata begitu...

Di sini letak jawatan... Di sana letak jawatan... atas kerana prinsip dan kesetiaan kepada parti...

Rakyat Malaysia terutamanya di negeri Selangor sewajarnya tidak mudah terpedaya dengan permainan politik mereka ini!

Kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, pokok pangkalnya, Pakatan Rakyat tidak layak memerintah di Selangor.

"Mereka (PR) gagal mewujudkan polisi yang dipersetujui bersama untuk memerintah negara kerana negara ini ada pelbagai jenis kaum. Maka satu konsesi yang dipersetujui bersama adalah diperlukan."

Namun yang demikian, Tiong Lai ketika berucap dalam majlis perasmian mesyuarat MCA bahagian Seputeh baru-baru ini mengingatkan agar sentiasa waspada dengan permainan politik DAP-PAS.

Kedua-dua parti itu akan terus bertelagah sesama sendiri tanpa berkesudahan dan masih bermain tarik tali - enggan memutuskan hubungan secara rasmi.

Sedang hangat bercakaran dengan PAS, DAP kini dikatakan sedang menyusun strategi bagi membina semula Pakatan versi baharu.

Ternyata, bukanlah prinsip parti yang dipertahankan tetapi hanyalah sandiwara bertujuan meraih sokongan. Mereka akan terus mengejar cita-cita untuk merampas kuasa walau dengan apa jua sekalipun.

Apa yang pasti, DAP akan terus sembunyikan hasrat sebenar mereka, dalam soal kuasa politik tanah air.


No comments:

Post a Comment