AdSense

Sunday, June 21, 2015

Ops Khas Hippo - SPAD berjaya banteras lori lebih muatan


Selalu saja kita dengar atau lihat kemalangan jalanraya yang disebabkan oleh lori lebih muatan. Sudah pasti merunsingkan ramai pihak terutamanya pengguna jalanraya yang lain.

Sehubungan itu, satu operasi diadakan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang dinamakan OPS KHAS HIPPO untuk menangani lori lebih muatan ini.




Bulan Ramadan bukan penghalang bagi #SPAD untuk terus memantau dan membanteras kesalahan-kesalahan pihak yang tidak prihatin terhadap soal keselamatan pengguna jalanraya yang lain.

Ops Khas Hippo, diadakan pada hari semalam, 20 Jun 2015 di sekitar Puchong. Seramai 14 orang anggota SPAD dikerahkan dalam ops khas ini.


Sebanyak 9 tangkapan berjaya diberkas melibatkan pelbagai kesalahan menjadikan jumlah keseluruhan 18 kesalahan. Antara kesalahan-kesalahan tersebut ;

9 x Membawa Muatan Melebihi Had Yang Dibenarkan.
6 x Membawa Muatan Melebihi Paras Ketinggian Panel Sisi.
1 x Gagal Kemukakan Permit Kenderaan Yang Sah Semasa Diperiksa.
2 x Gagal Kemukakan Salinan Lesen Pengendali dan Permit Perkhidmatan Semasa Diperiksa.


Kesemua 9 buah lori berkenaan telah ditimbang dengan menggunakan Mesin Timbang Mudah Alih SPAD, di lokasi penimbangan di Taman Meranti Jaya, Puchong.

Sementara peratusan lebih muatan tertinggi yang dicatatkan adalah 154.10% manakala peratusan lebih muatan terendah adalah 63.96%.

Sekali lagi, syabas buat unit penguatkuasa SPAD yang bertungkus lumus memastikan isu keselamatan pengguna jalanraya berada pada tahap tertinggi.

#OpsKhasHippo
#LoriLebihMuatan

No comments:

Post a Comment