AdSense

Friday, May 15, 2015

Undi Cina meningkat di 2 PRK, ini faktornya...


Laporan terhadap sokongan pengundi Cina pada PRK Rompin dan PRK Permatang Pauh memperlihatkan kepada kita bahawa mereka sudah kembali kepada Barisan Nasional.

Sekalipun kenaikan ini berada pada paras sederhana, namun ia secara tidak langsung membuktikan bahawa para pengundi di dua kawasan ini tidak berminat dengan agenda politik Pakatan Rakyat.



Menurut Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun sepertimana dipetik portal MCA, para pengundi Cina dilihat sudah bosan dengan percakaran tanpa kesudahan yang berlaku di dalam Pakatan Rakyat.



Masing-masing mengejar kuasa dan berhasrat membawa agenda peribadi.

Di Rompin, PAS hanya berjuang sendirian... tidak mendapat sokongan daripada rakan DAP dan PKR.

Sementara di Permatang Pauh pula, PKR berdepan konflik dengan PAS, dan memberi tamparan hebat mereka bagi mempertahankan kerusi keluarga.

Selain itu isu hudud yang berlegar-legar tanpa kata putus daripada PAS juga menjadi faktor. Pengundi Cina juga tidak faham dengan jelas agenda hudud yang diperjuangkan PAS ini.

Begitulah, sejak mula penubuhan gabungan Pakatan Rakyat ini lagi, mereka bukanlah satu pasukan yang mantap. Masing-masing memperjuangkan agenda peribadi masing-masing. Ternyata gabungan untuk merampas Putrajaya di peringkat nasional adalah satu perkara yang sia-sia.

Mereka bergabung hanya kerana perasaan rakus dan dendam kepada Barisan Nasional. Langsung tidak terfikir untuk membela nasib rakyat, sebagaimana yang dipraktikkan oleh pemimpin Barisan Nasional.

Faktor ketiga ialah "statistik keluar undi yang rendah telah membawa kepada keadaan yang tidak diduga. Misalnya, dalam 99% majoriti Cina aliran mengundi di Sungai Lembu di Permatang Pauh, terdapat aliran masuk 14% undi Cina. Aliran masuk undi juga dicatatkan di kawasan bercampur dengan 900-1400 pengundi Cina."


No comments:

Post a Comment