AdSense

Sunday, May 17, 2015

Najib cekal berdepan ujian



Cukup tersentuh apabila mendengar ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak petang semalam.

Dalam satu majlis 'Sepetang bersama Perdana Menteri' anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Selangor dengan kerjasama Badan Perhubungan UMNO Selangor.

Politikus-politikus yang baru setahun jagung, baru lahir pada zaman ketaksuban media sosial ketika ini tak perlu cepat melatah dan beremosi.

Jom baca antara yang diucapkan oleh Najib yang pernah memegang jawatan sebagai Menteri Besar Pahang yang ke 12 dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO ini...

"Setiap PM ada ujian masing-masing.
Dulu-dulu pun ada ujian. Tun Mahathir (bekas PM) lagi banyak ujian beliau.

Kes parti UMNO diharamkan pada tahun 1987. Perlawanan antara 'team' A dengan 'team' B, ingat lagi tak?

Apa kata Dr Mahathir ketika itu, beliau kata, kalau menang 1 undi sekalipun dia tetap akan menjadi PM. Beliau menang tipis ketika itu (pemilihan UMNO). Ramai pimpinan UMNO, hampir 50 peratus menolak Dr Mahathir.

Namun beliau terus memimpin, tidak turun (letak jawatan).

Maknanya, saya juga mengamalkan prinsip yang sama. Kalau orang masih menyokong saya, kenapa perlu saya turun?



"Jika ikut perlembagaan UMNO dahulu, kalau nak cabar presiden parti mesti dapat minimum undi daripada 63 bahagian. Jadi, Dr Mahathir bolehlah kekal selama 22 tahun menjadi presiden parti dan perdana menteri bila guna perlembagaan macam itu.

Saya bagaimanapun nak UMNO lebih terbuka di mana kita biar, jika ada orang nak bertanding (untuk jawatan presiden parti) tetapi Alhamdulillah, saya menang tanpa bertanding dan saya tidak bergantung kepada kuota atau undi bonus,"

Sebelum pindaan Perlembagaan UMNO pada 2009, seseorang yang mahu bertanding jawatan tertinggi parti perlu terlebih dahulu mendapat jumlah atau kuota sokongan tertentu daripada 191 Bahagian UMNO.

SEKARANG, politikus-politikus terutamanya politikus media sosial yang baru lahir ini bolehlah jadikan fakta di atas sebagai rujukan di masa hadapan ya...

No comments:

Post a Comment