AdSense

Monday, May 25, 2015

#KLIA2 : Tiong Lai jawab, Tony Pua tergamam!


Kalau sudah namanya pembangkang... asyik hendak membangkang saja...

Pemimpin #DAP, Tony Pua menuduh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai seolah-olah tidak memandang berat soal peningkatan mendadak kos asal pembinaan terminal #KLIA2.


Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) juga dikatakan membuat keputusan yang mencurigakan.

Selain itu beliau turut menuduh Tiong Lai menafikan siasatan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).


Sebenarnya, Tiong Lai bukanlah seperti yang digambarkan oleh Tony Pua itu - hanya mengundang persepsi semata-mata!

Tiong Lai menjelaskan, KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MENYOKONG SARANAN PAC AGAR JABATAN AUDIT NEGARA MELAKUKAN SIASATAN KE ATAS PENGURUSAN PEMBINAAN KLIA2 DAN RAKYAT BERHAK MENDAPAT JAWAPANNYA!

Tiong Lai cukup serius dalam berhadapan dengan segala isu termasuk dakwaan ketirisan dan sebagainya. Apa yang paling penting katanya, segala tindakan yang diambil perlu dibawa ke pengetahuan mesyuarat kabinet menteri dan kemudiannya mendapatkan kelulusan jemaah menteri.

Sedia maklum, #MAHB merupakan entiti yang berdaftar. Jadi, ia perlu mendapat kelulusan kabinet menteri dan membolehkan Jabatan Audit Negara menjalankan tugas mereka.

SL pernah menulis mengenai isu sama sebelum ini, KLIK DI SINI


Jelas pada kita di sini bahawa kenyataan Tony Pua ini hanya bermotifkan politik semata-mata. Nampak gayanya, tabiat menghentam sesuka hati sedemikian memperlihatkan kepada kita bagaimana wajah sebenar pemimpin pembangkang - dilingkari dengan hati yang kotor lagi menjijikkan.

No comments:

Post a Comment