AdSense

Monday, April 27, 2015

#PRKRompin - Pemuda UMNO tak turun? Hishammuddin jawab...


Biasalah... ada sahaja tindakan-tindakan menambah rencah untuk melaga-lagakan parti keramat UMNO ini... lebih-lebih lagi di saat tempoh berkempen di Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Rompin.

Tuduhan liar kata Pemuda UMNO tak bantu jentera parti kerana tidak terpilih sebagai calon di kawasan itu sebenarnya bukanlah isu pokok yang perlu dihangatkan pada masa ini.



Ketua Penyelaras Barisan Nasional (BN) untuk PRK Rompin Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pun menafikan dakwaan tersebut.

Hishammuddin yang ada berpengalaman sebagai Ketua Pemuda suatu ketika dahulu tahu bagaimana akar umbi menyelesaikan sesuatu permasalahan dalaman parti.

Katanya, sekiranya ada sekalipun permasalahan sedemikian, termasuk dikalangan Pemuda bahagian atau negeri, parti itu pasti akan menyelesaikannya dengan segera.

UMNO, parti terbesar negara, berjuta pula ahlinya, pasti ada permasalahan sedikit, tidaklah sehingga sampai perpecahan yang teruk.

Lagipun UMNO adalah parti yang matang dan profesional.

Kata Hishammuddin, tanggungjawab parti sekarang adalah memberi penerangan kepada pengundi yang akan membuang undi 5 Mei ini agar tidak terpedaya dengan drama-drama emosi pembangkang.

Pujuk 53,294 pengundi supaya keluar melaksanakan tanggungjawab dan pastikan mereka mengundi BN agar kerusi di kawasan itu terus dipertahan dan dimantapkan!

Undilah calon Barisan Nasional


No comments:

Post a Comment