AdSense

Tuesday, April 21, 2015

Bahan bacaan untuk pengundi di #PRK Rompin


Esok, 22 April 2015 dari jam 9 pagi hingga 10 pagi adalah hari penamaan calon untuk Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Rompin (P091).

Tempat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi akan diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin.

Mengikut laporan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)...

53,294 pemilih berdaftar ;

52,744 pemilih biasa
545 pemilih awal
5 pengundi tidak hadir luarnegara

Sebanyak 35 buah sekolah, 3 balairaya atau dewan akan dijadikan pusat mengundi yang mengandungi 119 saluran. SPR juga akan menggunakan kaedah mencelup jari ke dalam dakwat pilihanraya.

Sebagai pemilih, tahukah anda, betapa hebatnya calon Barisan Nasional (BN) sepertimana yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 18 April lalu?


Jika sebelum ini anda bangga dengan kepimpinan allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis, kini anda juga pasti berasa bangga dengan penggantinya. Datuk Hasan Arifin.

Sarjana Muda Ekonomi, Universiti Malaya Kuala Lumpur dan Management Course Asia Institute Of Management Manila merupakan latarbelakang pendidikannya.

Mungkin ramai yang tidak sedar, calon BN ini pernah memegang amanah sebagai Timbalan Menteri Besar Pahang suatu ketika dahulu, pada tahun 1995 - 1999. Malah calon BN ini juga adalah orang yang bertanggungjawab merancakkan ekonomi negeri Pahang Darul Makmur.

Antaranya, membangunkan perindustrian Gebeng iaitu nadi ekonomi Pahang, menarik pelabur-pelabur di Pahang, pembinaan Lebuhraya Pantai Timur (Karak-Kuantan) dan memperbesarkan Pelabuhan Kuantan.

Perjuangannya di dalam politik juga begitu luas apabila menjadi ahli UMNO sejak tahun 1976 lagi. Rompin dan Pekan adalah kawasan sinonim bagi beliau.

Calon BN ini juga begitu dekat dengan FELDA, UDA, PERKIM, Lembaga Pertubuhan Perusahaan Pertanian (LKPP) dan Lembaga Pembangunan Kemajuan Wilayah Pahang Tenggara (DARA).

Pastinya, inilah pemimpin yang diharapkan oleh majoriti masyarakat di Rompin!


1 comment: