AdSense

Saturday, March 28, 2015

Kurang Seminggu Sambut #HariPolis208...


Rabu lepas kita baharu sahaja menyambut Hari Polis kali ke 208 di seluruh negara.

Hari dimana memperingati jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan negara Polis Diraja Malaysia dalam memastikan kedaulatan dan keamanan negara terus kekal.

SL yakin kesemua anggota polis berasa bangga apabila dapat membantu menjaga keamanan negara, suatu amanah, sekalipun terpaksa berkorban harta dan nyawa. Masa bersama keluarga turut terkorban.

Ketika jari jemari mengetuk papan kekunci, barulah teringat, SL belum lagi mengucapkan SELAMAT HARI POLIS di ruangan ini.


SELAMAT HARI POLIS KE 208 kepada seluruh anggota polis Malaysia! 

Kurang seminggu menyambut hari manis...

Mereka sekali lagi mengorbankan masa bersama keluarga demi amanah dan tanggungjawab untuk negara.

Cuti hujung minggu yang dirancang bersama keluarga terpaksa dibatal dan si anak sudah memahami akan tugas si orang tua, tanpa diberitahu sebab-sebab perancangan atau percutian dibatalkan.


Ternyata, demonstrasi jalanan menyusahkan ramai pihak. Mungkin ada yang beranggapan bahawa alasan sama diberi. Benar, alasan sama inilah juga realitinya. Para peniaga, orang awam dan pelancong asing sudah tentu akan berkira-kira agar tidak bertembung dengan aktiviti demonstrasi jalanan.

Pengguna jalanraya dan pemandu teksi turut terkesan. Sudah pasti, angggota polis ditempatkan bagi memastikan keselamatan orang ramai.

Apa boleh buat, mereka katakan ini sebagai demokrasi... hak bersuara, hak berhimpun, hak itu dan hak ini. Atas tiket hak asasi manusia juga, tiada sesiapa pun boleh menyentuh mereka, kumpulan minoriti yang mendakwa sebagai majoriti.

Walauapapun, SL yakin pasukan keselamatan mampu memikul tugasan berat demi memastikan keamanan negara terus kekal.

No comments:

Post a Comment