AdSense

Monday, December 9, 2013

Kenapa dialog "INI TANAH MELAYU" dipotong???


Filem 'Kolumpo' yang baru saja penulis tonton semalam... begitu menarik dan mencuit hati. Kebanyakan penonton di dalam pawagam kelihatan ketawa ketika menyaksikan filem menerusi 3 babak itu.

Disini penulis ingin melontarkan beberapa pendapat mengenai cerita tersebut yang di arahkan oleh 3 orang berlainan individu. Babak pertama dimana adegan seorang lelaki yang baru tiba KLIA daripada India yang ingin memulakan hidup baru dengan bekerja di ibukota.


Namun beliau ditipu seterusnya terperangkap dengan peniaga restoran mamak yang disifatkan sebagai kejam dan zalim apabila memegang passport para pekerjanya dan dijadikan seperti hamba. Penulis tertarik dengan dialog salah seorang pelakon iaitu Soffi Jikan yang memegang watak lelaki samseng berketurunan Indonesia.




Adegan dimana Soffi Jikan ketika memarahi beberapa watak yang dimainkan orang India. Namun sesetengah dialog tersebut berjaya dipadamkan oleh pihak lembaga penapisan filem. Kelihatan miming mulut Soffi Jikan ketika itu menyebut "Ini tanah Melayu" 

Penulis masih hairan kenapa dialog itu dipotong, apakah pihak yg terlibat takut untuk mengakui kebenaran? Takut pada sejarah umpama takut pada bayang-bayang sendiri...

Manakala babak kedua ketika adegan seorang wanita Cina yang membantu seorang nenek Melayu nyanyuk pulang ke rumah, begitu menyayat hati dan mengundang keinsafan.




Termasuk juga adegan sekumpulan Mat Rempit yang berjaya memberi persepsi positif kepada golongan itu apabila membantu wanita Cina ketika berada didalam kesusahan.


Babak ketiga pula kisah seorang lelaki muda dalam mencari cinta turut menarik namun, pelakon wanita dalam babak ini iaitu Sharifah Amani kelihatan terlupa batas-batas budaya Timur dalam negara.



Beliau merupakan pelakon hebat tetapi budaya peluk memeluk bukanlah budaya baik yang boleh dipertontonkan kepada umum sekalipun mesej yang ingin dibawa adalah mengenai kasih sayang sesama insan.

Walau apapun, penulis berpuas hati dengan filem Kolumpo ini dan diharap akan ada sambungannya kelak... Filem ini merupakan arahan Sheikh Munasar, Rozi Izma dan Bront Palaree. Syabas buat kalian!



CUMA.......................................
Masih ingat mamat Cina ni? Adakah Negarakuku, persoal azan Subuh, TNB bodoh, Banglasia, KENA POTONG TAK??? Apa tindakan? Apa jaminan perkara sedemikian tidak berulang?



SAMPAI BILA MELAYU MAHU BERLEMBUT? CEPAT MEMAAFKAN???
"Apabila Melayu bercakap tentang Melayu, dikatakan rasis" - Tun M

1 comment:

  1. majoriti pemimpin melayu, samada dlm kerajaan @ pembangkang takde telor... cakap besar... kena gertak skit dah ketaq lutut minta maaf kat kaum pendatang... kalau sesama melayu bukan main lagi...

    ReplyDelete