AdSense

Friday, September 13, 2024

Kahwin bukan Islam semata-mata sebab nak undi? Pemuda PAS Selangor teruk kena kecam


“Kami di Selangor ada cadangan supaya pimpinan dan ahli Pemuda PAS perlu berkahwin rentas kaum ataupun rentas budaya. Sebab apa? bila kahwin merentas kaum atau budaya ini…kita bukan sekadar boleh tangkap satu undi tapi menangkap 10 malah ratusan undi daripada bukan Melayu dan Islam, kata Setiausaha Pemuda PAS Selangor Aubidullah Fahim Ibrahim dalam perbahasan pada Muktamar Pemuda PAS hari ini.



https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/09/12/tingkat-undi-bukan-islam-pemimpin-pemuda-pas-cadang-ahli-kahwin-rentas-kaum/


INI SATU KENYATAAN YANG MENGUNDANG SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM!


Sangat memalukan apabila perkahwinan pun menjadi alat politik.


Perkahwinan bukan semata-mata kerana mahu dapatkan undi, kuasa dan melepaskan nafsu!


Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pernah menerbitkan artikel mengenai tanggungjawab sebuah perkahwinan.


Hendaklah perkahwinan saya ini semata-mata kerana Allah iaitu membina rumahtangga yang mengamalkan ajaran Islam, melahirkan zuriat yang baik sehingga mampu memikul amanah dan merealisasikan usaha bagi memastikan hidayah Allah SWT berterusan dan tersebar ke seluruh alam ini.


Firman Allah SWT:


ذُرِّيَّةً بَعْضُهَا مِن بَعْضٍ ۗ


Maksudnya: (Mereka kembang biak sebagai) satu keturunan (zuriat) yang setengahnya berasal dari setengahnya yang lain. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui.


(Surah Ali Imran:34)


https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3049-al-kafi-1064-tanggungjawab-sebuah-perkahwinan


Bagi Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr  Asyraf Wajdi Dusuki pula,


“Dalam Islam, perkahwinan adalah penyatuan suci di depan Allah dan tidak patut digunakan sebagai alat untuk keuntungan politik dan nafsu untuk kuasa,”


https://www.sinarharian.com.my/article/685355/berita/politik/perkahwinan-bukan-alat-politik-nafsu-kuasa---asyraf-wajdi


Sudah-sudahlah tunggang agama untuk kepentingan politik peribadi. Sekarang ini pun sudah banyak isu dan kejadian yang telah merosakkan nama Islam. Hentikanlah! Tolonglah jaga nama baik dan kesucian Islam!


No comments:

Post a Comment