AdSense

Thursday, March 7, 2024

KP UMNO dapat restu bercakap - Setiausaha Pemuda UMNO

Ada heboh beberapa hari, rakan-rakan dari parti lawan PN seolah bimbang Ketua Pemuda UMNO Akmal Saleh berseorangan dalam menyuarakan isu-isu nasional dan semasa.


Mereka pula bimbang di mana 191 Pemuda UMNO Bahagian yang lain dan Ketua-Ketua Pemuda Negerinya. Saya fikir tidak timbul langsung soal itu, Ketua Pemuda mendapat sokongan dalam menyuarakan pandangan bagi pihak Pemuda.


Ketua Pemuda adalah representasi kepada sayap Pemuda. Perkara yang ditegur kepada Kerajaan adalah untuk penambahbaikan dan memperbetulkan. Bukan mahu meruntuhkan.


Satu pandangan itu cukup kukuh untuk memberikan isyarat tentang pendirian Pemuda dalam satu-satu hal. Sebagai contoh, pasukan Pemuda UMNO ada sahaja bersama dalam segenap hal antaranya:


* Konflik Israel - Palestin

* Isu Beras

* Isu Pengiktirafan Kg Baru di UNESCO

* Skim Pencen Penjawat Awam

* Isu Pelawak Melampau - Joycelyn Chia

* Isu Cadangan PM bukan Melayu / Bumiputera

* Insiden diantara Menteri Pelancongan & Pegawai Imigresen.


Persoalan yang lebih besar, dimana suara Pemuda-Pemuda dari parti Pembangkang? Adakah benar-benar tinggal seorang sahaja ketuanya? Kerana tidak pernah juga nampak yang lainnya. Bahkan kita seolah lupa ada parti pembangkang, kerana terlalu sunyi khasnya dari sayap orang mudanya.


Kami hargai kebimbangan yang dilahirkan kepada Ketua Pemuda kami. Tapi kami lebih bimbang kalau rakyat lupa kita ada pembangkang yang tidak begitu kelihatan.


Pautan berita ini adalah salah satu contoh tiada kebersamaan dalam parti yang bimbang akan Ketua Pemuda UMNO. Elok berilah tumpuan supaya nampak lebih ada kebersamaan di sebelah sana.


Hafiz Ariffin

Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia


Sumber:

https://www.facebook.com/636944058/posts/pfbid02gSisDE2UUpL45sYAk3S9sPfwyTodyJafArBXQ5p8ToKhHHxDpN219gzuVu68RUUXl/?mibextid=WC7FNe

No comments:

Post a Comment