Takde lah saya "bayar" kerajaan untuk dapat tanah tepi pantai seluas 34 ekar di Langkawi untuk tempoh 60 tahun dengan harga pajakan RM3,200 setahun seperti dia.
(Masa tawaran tanah Langkawi ini diberi, anak kamu MB Kedah. Betul?)
Ataupun anak saya dapat tanah balak seluas 1,000 hektar (2,471 ekar) seperti anak dia.
Dan banyak lagi. Nanti kita keluarkan satu-persatu.
Oh.. tanah Putrajaya yang kamu kata kamu "bayar" kerajaan untuk beli itu, berapa luasnya dan berapanya harga yang kamu bayar?
Dan hasil jualan saham syarikat MRCB yang Pak Kadir kata dia cuma jadi proksi itu, sudah ke mana?
Tapi baik juga Atok mengaku bahawa dia lah yang pinda akta tersebut.
Office saya cuma minta kediaman kerajaan pada tahun 2018 selepas PRU14 seperti hak bawah akta yang kamu pinda itu. Tak langgar apa-apa undang-undang.
Saya diberi pilihan rumah milik kerajaan di 3 lokasi dan saya pilih satu.
Takde pulak saya minta kerajaan bayar RM100 juta untuk beli bagi saya ataupun saya diberitahu nilai.
Dan saya juga telah membuat keputusan untuk menolak tawaran tersebut.
Dan suruh kerajaan jual tanah tersebut dan sekiranya benar-benar bernilai RM100 juta, sila masukkan dalam tabung untuk disalur sebagai pinjaman tanpa faedah bagi 20,000 penerima dengan nilai RM5,000 seorang.
Apa yang saya dapat sekarang selepas 9 tahun berkhidmat sebagai PM dan menaikkan nilai simpanan negara dari RM800b ke RM2 trilion?
Dana sekurang-kurangnya RM642 juta yang saya terima dari Kementerian Kewangan Arab Saudi secara peribadi seperti disahkan mahkamah, saya juga memberinya sepenuhnya untuk kerja CSR dan program-program Rakyat. Saya tak guna untuk peribadi saya pun.
Saya pun dah tak mahu apa-apa sebab kamu asyik meroyan.
Jika saya atau keluarga saya pernah menerima apa-apa tanah dari kerajaan, sila Atok dedahkan.
Tapi bagi kamu dan keluarga kamu?
Tanah Langkawi tetap milik kamu.
Tanah balak tetap milik keluarga kamu.
Tanah Putrajya tetap milik kamu.
Sumber:
semoga Allah tunjukkan siapa yang benar dqn siapa yang memfitnah
ReplyDelete