AdSense

Wednesday, December 9, 2020

Sah! Ada yang tak kena dengan penjualan aset Tabung Haji oleh Pakatan Harapan!

Pagi semalam, Ahli Parlimen UMNO dedahkan surat kelulusan kerajaan bertarikh 24 Nov 2020 bagi penjualan ladang sawit kepada syarikat Tamaco. 

Namun Menteri Haji dan Menteri Ekonomi yang ada dalam Dewan tidak menjelaskannya masa itu.

Malam semalam pulak terkeluar kenyataan media dari Menteri Haji dan Menteri Ekonomi bahawa kelulusan penjualan pada 24 Nov itu sebenarnya telah dibatalkan pada 4 Disember.

Apapun, terima kasih sebab UMNO dah lama desak penjualan Tabung Haji ini tidak diteruskan oleh kerajaan PN.

Bagaimanapun, pembatalan kelulusan ini adalah bukti bahawa ada yang tidak kena dengan penjualan aset-aset Tabung Haji yang dimulakan pada zaman PH.

Sebab itu, saya harap kerajaan PN akan melaksanakan RCI untuk Tabung Haji secepat mungkin.

Sumber

No comments:

Post a Comment