AdSense

Tuesday, October 6, 2020

#covid19 : Ahli Parlimen DAP backup PATI, baca apa respon @NajibRazak #bossku ...


Ahli parlimen DAP ini tak puas hati kerajaan memperkasakan Ops Benteng untuk menyasarkan Pendatang Asing Tanpa Izim (PATI) membolos sempadan negara.

YB DAP kata tindakan ini memangsakan PATI.
Biar saya jelaskan supaya dia faham.

Dari awal-awal lagi, semasa PKP bermula dan sebelum kita masuk bulan Ramadan, saya telah menyebut kawalan sempadan negara adalah keutamaan paling penting untuk membendung Covid-19 memandangkan jumlah kes di negara-negara jiran tertentu mula naik dengan mendadak.

Walaupun masa itu jumlah kes negara jiran masih di bawah Malaysia tetapi saya ramal negara-negara jiran tertentu yang merupakan sumber PATI paling besar ke Malaysia akan mengalami cabaran besar untuk mengawal Covid: 

Sempadan kita dengan negara jiran juga amat luas dan ianya amat susah untuk mengawalnya 100% dan kita memerlukan kerjasama dari semua lapisan masyarakat. 

dan di sini:

Pendapat saya masa itu bahawa inilah risiko paling besar memandangkan pintu masuk rasmi negara sudah dikawal ketat.

Ramalan saya menjadi kenyataan. Jumlah kes Covid negara-negara jiran tersebut kini telah mencecah 300,000 ribu dengan kenaikan antara 2,000 hingga 7,000 kes setiap hari pada masa kini.

Ianya bukan kebetulan sahaja bahawa kes Covid Sabah mula merebak di bahagian timur negeri tersebut kerana ianya adalah hotspot PATI dari negara jiran. Daerah itu hanya 18 batu nautika dari negeri jiran dan hanya perlu masa 20 minit sahaja dengan bot laju untuk ceroboh masuk ke Malaysia.

Kemasukan secara besar-besaran PATI ke sana bulan lepas juga dipercayai berpunca dari mereka yang mempunyai dwi kerakyatan yang cuba mengundi dalam PRN Sabah.

Sejak bulan Mei lalu sehingga 29 Sept 2020, Ops Benteng yang dilancarkan kerajaan telah berjaya menahan 6,344 PATI, 750 tekong dan 295 penyeludup..

Namun setiap hari, masih ada PATI dan penyeludup berjaya ditangkap dalam Ops Benteng:

29 Sept - 29 PATI, 1 bot, 4 kenderaan darat

1 Okt - 59 PATI, 1 bot, 3 kenderaan darat

2 Okt - 22 PATI, 2 Tekong, 1 bot, 9 kenderaan darat

3 Okt - 21 PATI, 10 kenderaan darat

4 Okt - 3 PATI, 1 Tekong, 1 kenderaan darat

Menambah kepada kekecewaan negara ialah ada juga pegawai kerajaan yang ditangkap beberapa bulan lepas kerana bersekongkol dengan penyeludup.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/07/711571/2-pegawai-imigresen-didakwa-seludup-pati

Sebab itu, ahli parlimen DAP dan PH perlu sedar bahawa niat kerajaan bukan untuk memangsakan PATI.

Kita semua juga simpati pada mereka tapi ini bukan masa biasa-biasa di mana PATI cuma ambil pekerjaan tempatan tetapi ini dah jadi risiko keselamatan dan keselamatan negara.

Ini bukan masa untuk PH menghasut rayat dengan membangkang dari longkang.

Dua orang PATI yang positif Covid mampu menyebabkan ribuan orang dijangkit seperti apa yang terjadi dilokap Lahad Datu bulan lepas.

Tiada makna untuk Malaysia membendung Covid yang kian meningkat pada masa kini jika risiko dari PATI dari negara-negara kes tinggi masih wujud.

Kerajaan juga disaran untuk meningkatkan lagi hukuman terhadap PATI, tekong dan penyeludup termasuk bertimbang untuk mengambil tindakan terhadap tekong, penyeludup dan pegawai kerajaan bersekongkol di bawah Akta SOSMA.

Berilah amaran amat tegas supaya mereka di negara-negara jiran faham bahawa kerajaan kita tidak akan ada kompromi sebab ini zaman krisis Covid.

Majikan-majikan juga disaran untuk jangan mengambil lagi PATI sebab ianya hanya menggalakan lagi ramai PATI untuk cuba nasib.

"When the demand stops, the supply stops."

Pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dalam penyeludupan juga perlu tahu bahawa tindakan mereka adalah khianat kepada negara. 

Hentikanlah! Jangan kerana ketamakan peribadi, keselamatan dan nyawa rakyat satu negara terancam.

Masyarakat yang duduk dekat dengan sempadan darat dan pantai ada tanggungjawab dan peranan yang penting sebagai front-liner dalam perang Covid kita.

Kerajaan juga boleh pertimbangkan memberi ganjaran yang berpatutan kepada mereka yang menyalurkan maklumat.

Posting Ahli Parlimen DAP:

Dari FB DSN

No comments:

Post a Comment