AdSense

Tuesday, September 15, 2020

LIM GUAN ENG KENA PENDAKWAAN POLITIK?

Ramai penyokong DAP menyifatkan pertuduhan ke atas Lim Guan Eng berhubung kes di mahkamah sebagai pendakwaan politik. 

Betul ke? 

Kes terowong dasar laut di Pulau Pinang telah pun dibuka kertas siasatannya oleh SPRM. Bukan 1, tetapi SPRM mengesahkan telah membuka sebanyak 6 kertas siasatan berkaitan projek berjumlah RM6.3 bilion tersebut!

https://www.sprm.gov.my/arkib-kenyataan-media/3283-sprm-buka-6-kertas-siasatan-berkaitan-projek-terowong-dasar-laut-pulau-pinang

Pada 10 Ogos 2020, Lim Guan Eng telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Butterworth atas pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk menerima wang suapan berjumlah RM3.3 juta bagi membantu sebuah syarikat dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/08/719597/guan-eng-dituduh-terima-suapan-rm33-juta

Hari ini, 11 September 2020, Lim Guan sekali lagi diheret ke mahkamah sama atas tuduhan yang berkait dengan pelupusan harta milik kerajaan negeri bernilai RM208.7 juta kepada 2 syarikat.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/09/11/guan-eng-dituduh-dengan-curang-menyebabkan-lupus-tanah/

Pertama rasuah - dikatakan meminta suapan berjumlah RM3.3 juta.

Kedua salahguna kuasa - dikatakan menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang pada ketika itu dengan melupuskan harta milik kerajaan negeri bernilai RM208.7 juta kepada 2 syarikat.

Tidak salah untuk bersolidariti untuk mana-mana pihak pun termasuk Lim Guan Eng. Tetapi sewajarnya biarlah mahkamah memainkan fungsi dan peranannya. 

Sebab itulah wujudnya sistem kehakiman dalam negara ini bagi menegakkan undang-undang. Sebagai warganegara Malaysia, sudah tentu kita tahu mengenai maksud sebenar Kedaulatan Undang-Undang sebagaimana yang sudah termaktub dalam prinsip Rukun Negara.

Janganlah melabel sistem kehakiman negara dengan gelaran yang bukan-bukan. Biarlah mahkamah menentukan salah atau sebaliknya.

Dari FB 

Chan Quin Er

Jurucakap MCA

KLIK DI SINI UNTUK SUMBER ASAL

No comments:

Post a Comment