AdSense

Monday, August 31, 2020

Kenapa DAP report polis terhadap Ahli Parlimen yang miliki imuniti?



Apakah ini Wayang DAP dalam isu Ketua Dewan Ulama PAS?


FMT melaporkan ;

"Tiga ahli DAP Sarawak membuat laporan polis menggesa Ahli Parlimen Pasir Puteh daripada PAS, Nik Muhammad Zawawi Salleh disiasat di bawah Akta Hasutan susulan kenyataannya di Dewan Rakyat baru-baru ini yang mendakwa kitab Injil dipinda."


https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/08/31/3-ahli-dap-lapor-polis-gesa-pemimpin-pas-disiasat-berkait-komen-kitab-injil/


Penulis yakin DAP tahu dan sedar bahawa Ahli Parlimen mempunyai imuniti atau boleh kita katakan sebagai 'kebal'.


"Bagi membolehkan Parlimen menjalankan tanggungjawab dengan sepenuhnya dan dengan lebih berkesan, Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa hak dan pengecualian yang dipanggil "Keistimewaan Ahli-ahli Parlimen" kepada ahli Parlimen.


"Setiap Dewan mempunyai kuasa untuk mengawal selia tatacaranya sendiri, mempunyai kuasa mutlak atas prosiding masing-masing yang mana kuasa-kuasa ini tidak boleh dicabar di dalam mana-mana mahkamah; dan setiap Dewan boleh mengenakan hukuman ke atas pelanggaran hak keistimewaan atau menghina (contempt) di dalam Dewan tersebut.


"Secara amnya, ahli Dewan menikmati imuniti daripada prosiding sivil dan jenayah terhadap perkara yang dibahaskan dan yang dibuat di dalam sesi Parlimen."


https://www.parlimen.gov.my/fungsi.html?uweb=p


Itu pasal kita biasa dengar ada Ahli-Ahli Parlimen pernah cakap ayat ni, "Yang Berhormat, saya cabar Yang Berhormat ulang apa yang dikata tadi di luar Dewan,"


Tujuannya adalah untuk diambil tindakan susulan terhadap butiran percakapan yang diungkapkan di luar Dewan Rakyat. Jadi kalau apa-apa kenyataan dinyatakan diluar Dewan, ia sudah bersifat terbuka atau tiada lagi imuniti.


Kalau nak ikutkan, ramai yang nak buat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Nga Kor Ming dan lain-lain Ahli Parlimen yang mengundang kemarahan awam bila mereka berkata-kata dalam Dewan Rakyat.


Persoalannya, kenapa DAP yang ramai 'bijak pandai', ramai peguam dalam DAP, buat laporan polis terhadap Ahli Parlimen yang miliki imuniti?



4 comments:

  1. http://rec.or.id/article_767_Pernahkah-Yesus-berkata-di-dalam-Alkitab:--Akulah-Tuhan,-Sembahlah-Aku


    link bukti injil diubah... apa lagi yang DAP meroyan

    ReplyDelete
  2. LGE pernah memipu di dalam dewan dan menuduh kerajaan BN mencuri berbillion hasil kutipan GST. Malah beliau memang terkenal sebagai PENIPU BERSIRI. Serial liar di dalam dewan.

    Tetapi atas kekebalan Ahli Parlimen di dalam dewan, beliau boleh terus menipu dan tiada tindakan boleh diambil.

    DAP memang CILAKA!

    ReplyDelete
  3. Bila Ketua Menteri Sarawak mahu mengarahkan peguam Majlis Perbandaran Kuching untuk mendakwa pemuda DAP yang dikatakan membuat vandalisma kepada padan2 tanda jalan disekitar bandaraya Kuching?

    Ianya kesalahan nyata yang amat serius!

    ReplyDelete
  4. Misteri Proton Perdana dalam bangunan terbiar di UK. Rakyat tidak semudah itu untuk diperbodohkan.

    Artikel dimana Youtuber melalui siaran Youtube Lost Adventures telah menerokai bangunan kosong dan menjumpai sebilangan kereta mewah bernilai jutaan ringgit, termasuklah sebuah Proton Perdana ini.

    Tambah pelik pemilik kereta seperti cacing kepanasan untuk menjelaskan kenapa kereta proton itu diletakkan dibawah basment bersama kereta jenama mewah.

    Siapakah Kamal Siddiqi pembuat kereta luxury itu.? Bristol Cars, Kamal Siddiqi, British businessman dari Pakistan pada akhir Sekitar 2016, dimana konon nya pemilik kereta proton itu ke UK berbincang dengan Kamal Siddiqi untuk tukar kepada hybrid car melalui Kamal’s R&D company, Frazer-Nash Research Limited, London.

    Di Malaysia sekitar tahun 2010 kereta hybrid sudah melambak di pasaran tempatan. Lagi banyak dijelaskan lagi banyak persoalan timbul. Pemilik nampak terdesak cemas dan yang beria ia sangat untuk menjelaskan situasi kereta tersebut.

    Mungkinkah pemilik kereta itu sudah kepanasan akan terbongkar rahsia rumah agam itu sekali..!? Bersama khazanah ratusan juta kereta mewah didalam rumah agam yang terbiar itu..!?

    Pada rakyat Malaysia bolehkah percaya keterangan dari pemilik kereta proton ini.!? Bukan saja kereta proton terdapat kereta mewah bernilai jutaan ringgit di rumah agam tersebut malah terdapag kereta jenama mewah.

    Proton Perdana dengan nombor pendaftaran VK 5231 itu akhirnya terjawab dan didaftarkan atas nama super VVIP dari Malaysia.

    Perkara ini dijelaskan dalam satu siaran Facebook oleh akaun Kelab Che Det dan Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Antara kereta yang diparkir di garaj bawah tanah tersebut ialah sebuah prototaip Bristol Bullet dan Bentley Continental Flying Spur keluaran tahun 2008. Selain itu, terdapat juga sebuah Bristol Fighter keluaran tahun 1982 yang hanya dihasilkan dalam 13 unit. Hebat kan..!!

    Hebatkan dengan jolokan pejuang tanah tumpah nya darah ku lagi. Kenapa kereta yang hendak dijadikan prototype kereta elektrik tapi letak di bawah basment..!?Kan lebih elok dibawa ke kilang terus untuk dijadikan prototype kereta elektrik.

    Prototype EV dan hibrid sudah bersepah serata dunia klik saja jenama apa semua maklumat tersedia. Tak perlu angkut kereta dari suatu tempat ke tempat lain. Di Malaysia teknologi EV, hibrid sudah ada dan maju ke hadapan.

    Rakyat Malaysia tidak sebodoh itu untuk mempercayai lagi apa yang keluar dari mulut sang PejuWang..!!

    Rakyat diminta ikat perut untuk berjimat, penguasa zalim bolot segala kemewahan zaman kesusahan Covit19 ini.

    Udah udah lah tu..!!!

    Kalau diperiksa tempat tu kali ke - 2 mungkin suma kereta mewah sudah tiada lagi atau sudah di angkut keluar..?

    Harap admin saluran YouTube Lost Adventures akan buat lawatan siasatan kali ke - 2 dari kota London...mungkinkah ada kejutan lagi..!? Jenggg .. jengg.. jenggggg..!!

    ps : Perlukah boboi membuka satu 'Borang Tunjuk Minat' secara dalam talian mengumpulkan butiran pemohon yang 'berminat' menyertai parti PejWang...

    Kalau orang dah suka kau bagi ajer borang keahlian terus bila ROS dah okey sumanya kau dafter jer leer..!! Alahaii..!! Selagi boleh goreng kau goreng lah anak beranak sampai mampos..

    ReplyDelete