AdSense

Wednesday, July 15, 2020

PH DAP kantoi lagi isu penjualan aset Tabung Haji.


Saya tak faham kenapa Saifuddin Nasutiona bersyukur dengan jawapan berhubung Tabung Haji ini sebab jawapan ini sebenarnya membuktikan kegagalan PH.

Dalam jawapan parlimen semalam, kerajaan PN mengesahkan aset-aset TH sudah dipindah ke Kementerian Kewangan selari dengan Pelan Pemulihan (bailout) bernilai RM19.9 bilion yang dilaksanakan kerajaan PH pada permulaan tahun 2019.

Sebab apa bailout kerajaan diperlukan bagi Tabung Haji?


Sebab selepas PH menang PRU14,  pasaran saham Malaysia menjunam dan menjadi pasaran saham paling corot dalam dunia.

Lebih 52% aset Tabung Haji masa itu adalah di dalam pasaran saham kita.

Memandangkan nilai aset TH menjunam teruk maka PH memainkan propaganda bahawa TH di bawah kerajaan BN dahulu tipu akaun dan sebenarnya mengalami defisit RM4.1 bilion pada akhir tahun 2017 dan TH perlu menjual aset untuk memulihkannya - walaupun seorang akauntan, pengurus atau juruaudit tidak pernah didakwa dalam mahkamah kerana memalsukan akaun.

Akibat PH memainkan propaganda ini yang menakutkan pelabur dan pendeposit, pelabur-pelabur lain turut menjual saham-saham dimiliki TH manakala pendeposit mengeluarkan duit dari TH dan memaksa TH menjual lagi saham-saham semasa harga rendah.

Lebih lanjut:

Akibatnya, defisit yang ditipu PH sebanyak RM4.1 bilion pada akhir tahun 2017 pun menjadi defisit RM17.8 bilion pada permulaan tahun 2019.

Sebab itu, kerajaan PH menjual aset RM19.9 bilion kepada syarikat tujuan khas dimiliki Kementerian Kewangan sebagai bail-out.

Inilah sebab kerajaan PH tak pernah berani menjawab kenapa kononnya defisit RM4.1 bilion pada akhir tahun 2017 tiba-tiba memerlukan bailout RM19.9 bilion pada permulaan tahun 2019 walaupun berulang dicabar:


Selepas aset dipindah, syarikat tujuan khas turut menjual aset-aset yang pernah dimiliki TH seperti dibuktikan dalam beberapa surat TH yang terbongkar seperti surat ini di mana TH tidak membantah Kementerian Kewangan memulakan proses penjualan18 aset TH termasuk hotel-hotel TH :

Dan kenapa kerajaan PN menjawab semalam bahawa aset-aset yang dipindah kepada Kementerian Kewangan bukan dikuasai orang bukan Islam?

Kerana Menteri Kewangan semalam bukan lagi anak Kit Siang.

Posting Saifuddin Nasution:

Dan adakah TH benar-benar memulih dan mencatat keuntungan besar sekarang?

Ini jawapan panjang lebar Ketua Pemuda UMNO: https://www.facebook.com/drasyrafwajdidusuki/posts/3601568539873167

Tetapi saya beri jawapan dengan cara lebih mudah untuk faham.

Minggu lepas, Tabung Haji mengumumkan keuntungan RM1.25 bilion untuk 6 bulan pertama tahun 2020 dengan jumlah deposit RM73.86 bilion.


Jika prestasi TH kekal untuk 6 bulan terakhir tahun 2020, maka jumlah keuntungan bagi seluruh tahun 2020 menjadi RM2.5 bilion.

Jika ditolak kos subsidi Haji sebanyak RM500 juta setahun yang tidak lagi ditanggung TH sejak awal tahun ini akibat Covid, maka jumlah keuntungan bersih TH bagi tahun 2020 adalah sebanyak RM2 bilion.

RM2 bilion bahagi RM73.86 bilion ialah 2.7%.

Maka hibah paling tinggi yang mampu diumumkan TH selepas pelan bail-out kerajaan PH hanya 2.7% bagi tahun ini - jauh di bawah purata kadar Hibah masa kerajaan BN dahulu.

Dan kadar maksima 2.7% itu pun sebelum mengambil kira kos-kos lain serta keperluan menyimpan sebahagian keuntungan sebagai rizab TH untuk kegunaan masa depan.

Dari FB Najib Razak

2 comments:

  1. ELOK DIUSULKAN TERUS DALAM DEWAN YG MULIA INI
    BIO BADAN ATOK & MUJAHIT DAPAT KUDIS BUTA PULA
    ARI PERTAMA DAH LOKOS KUYUP ATOK KENA MANDI
    KENA ODER LAGI POP CORN GUNA FOOD PANDA


    KIKIKIKI

    ReplyDelete
  2. RCI KAN TABUNG HAJI DEMI KEBENARAN DEMI WANG PENDEPOSIT TABUNG HAJI, MELAYU MUSLIM... BONGKAR DN SELONGKAR...

    ReplyDelete