AdSense

Wednesday, July 8, 2020

KENALI DAP SIRI 5/5 : SUDAH SERIK SOKONG DAP


Pada Mei 2018, jatuhnya BN sebagai kerajaan setelah 60 tahun mentadbir negara. Kejatuhan BN kerana persepsi dan fitnah yang dimainkan oleh pihak pembangkang.

Ok. BN menerima kekalahan dengan hati terbuka, rakyat menolak BN ketika itu atas beberapa faktor dan memilih PH sebagai kerajaan. BN tidak anjurkan perhimpunan jalanan atau protes di jalan raya bagi mempertikai keputusan PRU. Tidak seperti apa yang sering dilakukan PH sebelum ini. Rakyat sentiasa dijadikan alat politik mereka.


Peluang untuk mentadbir negara telah disia-siakan oleh PH apabila masih mengekalkan sikap yang sama ketika 'menjawat' jawatan pembangkang.

Ekonomi lembab dan jatuh, mereka sekadar menuding jari kepada pihak lain. Salahkan BN. Sedangkan sebelum PRU14 dan ketika pentadbiran BN, ekonomi negara kita sangat baik serta berada dilandasan yang betul.

Diberi kuasa, PH terus membalas dendam. Projek infrarakyat dikacaunya. Tangguh dan batal pelaksanaan. Kononnya mereka lebih baik. Ambil contoh projek ECRL. Mereka kata kos tinggi dan mereka berjaya kurangkan kos. Hakikatnya, mereka telah memendekkan jajarannya. Ibarat Encik A beli pensel 5cm dengan harga RM2. Encik B bangga beli pensel 2cm dengan harga lebih murah, RM1.90.

Harga komoditi juga jatuh menjunam semasa PH berkuasa. Dulu sebelum jadi kerajaan, mereka berlagak pandai. Bila sudah jadi menteri, Teresa Kok DAP suruh rakyat minum sesudu sawit pula. Tak cukup itu, disuruh tanam buluh ganti sawit. Siapa yang tak serik bila punca pendapatan rakyat terjejas teruk semasa pentadbiran PH? Sudahlah bantuan dipotong! Baik peneroka, nelayan, petani semua menderita! Rakyat diminta ikat perut manakala kehidupan pemimpin PH berubah sekelip mata.

Di Dewan Rakyat pula, sikap Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer yang kerap 'mengganggu' perbahasan mendapat kecaman hebat rakyat. Rakyat bosan dengan sikap MP DAP itu yang sering berbahas tanpa fakta.

'Google' sahaja nama MP DAP itu, pasti ada sahaja cerita 'panas'nya di Dewan Rakyat.

https://umno-online.my/2019/10/22/jelutong-dan-dap-tidak-profesional-ganggu-perbahasan-pembangkang-mahdzir/

Alasan Rayer? “Perumpamaannya begini, dalam perlawanan bola sepak, saya memainkan peranan sebagai pertahanan. Kalau tak pertahankan dengan baik, nanti bola masuk dalam gol, habislah kami. Saya terpaksa sama ada lincah atau main kasar. Tujuan saya untuk mempertahankan PH"

https://www.sinarharian.com.my/article/58316/KHAS/Debat/Ini-sebab-Jelutong-selalu-bising-di-Parlimen

Tak salah nak pertahankan kerajaan sendiri. Tapi biarlah berfakta, kata-kata yang dikeluarkan biarlah membina, tidak perlu keluar perkataan kesat yang boleh menjatuhkan pihak lain. Betulkan?

Ternyata PH sia-siakan mandat yang diberikan oleh rakyat kepada mereka.

Bukti?

Selama 22 bulan mentadbir negara, apa kejayaan yang mereka buat untuk rakyat?

Adakah pemberian e-wallet bernilai RM30 itu mencukupi berbanding dengan segala janji yang ditaburkan semasa kempen PRU14? Adakah dengan membawa sikap pembangkang setelah menjadi kerajaan itu mampu membantu rakyat mendapat kehidupan yang lebih stabil?

Akhirnya, sifat pembangkang mereka yang 'tergila-gilakan' kuasa itu memakan diri sendiri.

Februari 2020, pasti menjadi sejarah apabila PH yang mendapat mandat oleh rakyat mentadbir negara tumbang akibat kerakusan mereka sendiri.

Siapa yang harus dipersalahkan? DAP menyalahkan Tun Dr. Mahathir berhubung krisis politik PH sehingga mereka hilang kuasa.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/05/22/pemimpin-dap-salahkan-dr-m-punca-kerajaan-ph-tumbang/

Posting yang dibuat ini, termasuk empat siri sebelum ini bukanlah untuk membuka aib mana-mana pihak. Cuma sekadar mengingatkan tentang fakta dan kebenaran. Rakyat tidak sesekali lupa apa yang dibuat DAP sepanjang 22 bulan mereka berkuasa.

Terima kasih kerana mengikuti artikel bersiri ini. Di bawah saya sertakan link untuk siri-siri sebelum ini.

KENALI DAP SIRI 1
BAGAIMANA DAP BERJAYA TAWAN MALAYSIA PRU14
https://www.facebook.com/KeykokLau/posts/1944967495638569

KENALI DAP SIRI 2
KERAKUSAN DAP BILA MENDAPAT KUASA
https://www.facebook.com/123238147811522/posts/1945858082216177/

KENALI DAP SIRI 3
DAP KUAT 'WAYANG, KAKI 'U-TURN'
https://www.facebook.com/123238147811522/posts/1948988228569829/

KENALI DAP SIRI KE 4
ORANG CINA MULA TOLAK DAP
https://www.facebook.com/123238147811522/posts/1950913591710626/?d=n

Dari FB Lau Chin Kok

No comments:

Post a Comment