AdSense

Wednesday, July 1, 2020

KENALI DAP SIRI 2/5 : KERAKUSAN DAP BILA MENDAPAT KUASA


Setelah berpuluh tahun memegang gelaran 'pembangkang tetap', akhirnya selepas PRU-14 tahun 2018, DAP berjaya menjadi rakan kongsi dalam kerajaan hasil gabungan parti Pakatan Harapan.

Tanpa menunggu lama, DAP terus menunjukkan belangnya apabila beberapa ahli pimpinan tertinggi parti itu memegang jawatan Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Paling ketara, apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilantik menjadi Menteri Kewangan oleh Perdana Menteri PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Dendam DAP terhadap MCA 'diterjemahkan' melalui tindakan Guan Eng dengan mempolitikkan peruntukan Kolej Tunku Abdul Rahman (TAR UC).

Beliau memberi kata dua bahawa kerajaan akan menyalurkan lebih peruntukan kepada TAR UC di bawah Bajet 2020 sekiranya MCA 'melepaskan' penguasaan terhadap institusi itu.

https://www.malaysiakini.com/news/500311

Sedangkan umum mengetahui biarpun TAR UC diasaskan MCA tetapi MCA tidak pernah sesekali menjadikan institusi pendidikan ini sebagai medan politik. Pelajar di sana tidak pernah dipaksa menjadi ahli MCA, jauh sekali menghasut mereka dengan kebencian sepertimana yang dilakukan Superman Hew DAP.

Tidak dapat melepaskan amarah kepada MCA, TAR UC pula menjadi mangsa?

Guan Eng menyalahgunakan kuasanya sebagai Menteri Kewangan untuk memusnahkan institusi pendidikan yang diasaskan oleh MCA?

Namun tidak semudah itu, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong mengatakan MCA tidak akan sesekali tunduk dengan tekanan yang diberikan oleh Guan Eng itu.

“Saya ingin katakan kepada Guan Eng, TAR UC dibentuk oleh MCA. Kami tidak akan membenarkan anda memusnahkannya,” katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2019/12/633858/mca-tidak-tunduk-tekanan-lepaskan-taruc

TAR UC diasaskan oleh MCA, MCA yang telah banyak membantu para pelajar yang melanjutkan pengajian di sana, tidak semudah itu MCA tunduk hanya kerana 'ugutan' daripada individu yang tidak pernah menyumbang walau satu sen pun pun kepada kemajuan dan pembangunan TAR UC.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/12/02/jangan-potong-dana-tar-uc-kerana-anda-iri-hati-wee-ingatkan-guan-eng/

Sejak ditubuhkan, TAR UC telah melahirkan lebih 200,000 graduan merangkumi pelbagai kaum. Malah, pemimpin PAN merangkap bekas Menteri Pertanian PH iaitu Datuk Seri Salahuddin Ayub juga merupakan bekas penuntut institusi pendidikan ini.

Peruntukan kepada TAR UC juga mengikut instrumen kerajaan di Parlimen. Melalui bajet negara, bukan suka-suka macam apa yang dibuat Guan Eng. Masa zaman BN dulu, peruntukan kepada TAR UC disalurkan kepada Kementerian Pendidikan. Tapi zaman Guan Eng, disalurkan kepada persatuan alumni yang pro kepada dia. Sedangkan pemilik sah TAR UC adalah TARCEF.

Boleh baca lanjut mengenai isu ini di sini :

Kenali proksi Guan Eng :
https://www.facebook.com/wksbmenglish/posts/1453574504810049

Presiden MCA cabar Guan Eng debat. Guan Eng pengecut.
https://www.facebook.com/wksbmenglish/posts/1449446008556232?__tn__=K-R

Kerakusan Guan Eng dan DAP menggunakan kuasanya bukan hanya tertumpu kepada TAR UC semata-mata, tetapi juga terhadap Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Selepas, Dr Maszlee Malik mengumumkan perletakan jawatan sebagai Menteri Pendidikan pada awal Januari lalu, bekas Setiausaha Akhbarnya pula buat pendedahan bahawa Kementerian Kewangan (MOF) yang didominasi DAP mengawal segala keputusan dilakukan KPM ketika itu.

MOF telah memotong bajet keselamatan sekolah sebanyak RM50.7 juta manakala bajet kebersihan sekolah pula dipotong RM427.3 juta sekaligus mengakibatkan 1, 382 syarikat terjejas dan 10, 406 pekerja dibuang.

https://sarawakvoice.com/2020/03/04/kerakusan-dap-guan-eng-dibongkar/

Rakusnya DAP.

Satu persatu kerakusan DAP dibongkarkan. Ia bukan rekaan, tapi berdasarkan fakta dan apa yang dilaporkan media.

Penulisan Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Abdul Muein Abadi pula menarik perhatian apabila mendedahkan 'lebih RM20 bilion aset negara telah dijual selama 400 hari PH mentadbir negara'.

https://www.facebook.com/muein.abadi/posts/10214107232584342

Gunung pun kalau hari-hari ditarah lama-lama rata juga, inikan pula simpanan.

PH dan DAP sering mengatakan BN meninggalkan RM1 trilion hutang negara.

Tetapi, yang peliknya, setelah PN mengambilalih tampuk pimpinan, pelbagai bantuan diberikan kepada rakyat bagi menampung perbelanjaan sara hidup akibat COVID-19. Pakej Rangsangan Prihatin RM250 bilion, Prihatin PKS RM10 bilion, Penjana RM35 bilion. Mana datangnya semua ini kalau bukan hasil simpanan semasa pemerintahan BN dulu.

Jadi mana relevannya negara akan muflis kerana hutang RM1 trilion itu?

Owhh...mungkin salah titik perpuluhan lagi.

Tidak cukup dengan itu, banyak lagi perkara-perkara yang membuatkan rakyat marah dengan DAP. Paling teruk, mengenai aset Tabung Haji yang dijual. 18 buah hartanah milik TH termasuk 5 buah hotel TH dilelong!

https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157132629720952?__tn__=K-R

Bukan itu saja, selama DAP berkuasa, begitu banyak perkara yang berlaku seperti 'hari terkejut' kes banglo gugur, hutang negara meningkat, harga komoditi jatuh Menteri DAP suruh minum sawit dan tanam buluh ganti sawit, Guan Eng tuduh BN rompak RM19juta GST refund tapi laporan PAC mendedahkan sebaliknya, surat arah Peguam Negara bebaskan akaun bank taikun yang sedang dalam siasatan SPRM, dan banyak lagi....

Itu baru 22 bulan menjadi kerajaan, jika panjang lagi tempoh masanya, tak tahulah apa yang bakal terjadi kepada Malaysia ni.

Terima kasih kerana mengikuti artikel bersiri ini. Nantikan siri ke 3 dengan tajuk, "DAP kuat wayang, pakar U-turn".

Sudah baca ke belum? :

KENALI DAP SIRI 1
BAGAIMANA DAP BERJAYA TAWAN MALAYSIA PRU14
https://www.facebook.com/KeykokLau/posts/1944967495638569

#TolakDAP
#tolakrasis
#bersamamca

DARI FB Lau Chin Kok 刘振国


No comments:

Post a Comment