AdSense

Sunday, June 28, 2020

Patutlah anak anak Mahathir bilionair, kaya 7 keturunan makan tak habis?


Hampir pasti PM7 tak akan jawab pendedahan saya bahawa anak dia pernah menjadi antara pemegang saham terbesar sebuah bank di Malaysia.

Sebab itu, saya tak bazir masa kerana masih banyak lagi yang boleh didedahkan untuk membuktikan PM7 berbohong apabila dia kata anak-anak dia tak pernah berniaga di Malaysia dan tak pernah ada sebarang kontrak dengan kerajaan masa dia PM.

Saya keluarkan bukti saja.

Ini laporan media WSJ pada tahun 2000 semasa Maybank mahu membeli Phileo Allied Bank.
https://www.wsj.com/articles/SB963772492805741575

Cara anak dia memilik saham bank itu agak tersorok.

Sebab itu ianya susah untuk orang awam tahu.

Kerana orang awam akan marah jika mereka tahu anak PM tiba-tiba menjadi antara pemegang saham terbesar sebuah bank di Malaysia.

Masa itu, anak dia memiliki dan menguasai dua syarikat tersenarai - Pantai Hospitals dan Tongkah Holdings.

Syarikat Avenue Assets pula merupakan antara pemegang saham terbesar Phileo Allied Bank.

Pantai Hospitals beli saham Avenue Assets.

Tongkah Holdings juga beli saham Avenue Assets.

Apabila pemilikan saham Avenue Assets oleh syarikat Pantai Hospitals dan Tongkah Holdings, digabungkan maka orang yang menguasai Pantai Hospitals dan Tongkah Holdings juga menguasai Avenue Assets.

Dengan itu, anak PM7 juga menguasai Avenue Assets yang merupakan antara pemegang saham terbesar Phileo Allied Bank.

Sebab itu, anak PM7 mempunyai kuasa untuk menuntut Maybank menaikkan harga pembelian Phileo Allied Bank.

Akhirnya, Maybank mengalah dan menaikkan harga pembelian Phileo Allied Bank dari RM1.2 bilion ke RM1.3 bilion.

Itu cerita tahun 2000.

Maybank itu milik siapa masa itu?

Siapa PM masa itu?

Mokhzani anak siapa?

Cerita belum berakhir selepas Phileo Allied Bank dijual kepada Maybank.

Ada lagi berhubung penswastaan Pos Malaysia tahun itu juga.

Dari FB Najib Razak
27 Jun 2020

No comments:

Post a Comment