AdSense

Sunday, June 28, 2020

Mahathir dan anak anak kena bogel lagi! Kaw kaw kaya 10 keturunan makan tak habis?


Minggu lepas, PM7 suruh saya beri bukti bahawa anak dia pernah berniaga dan pernah ada kontrak dengan kerajaan semasa dia PM.

Sebab itu, saya terus tunjuk bukti.

Pada tahun 1994, ada seorang anak muda yang berumur 30 tahun. Lahir tahun 1964.

Tapi anak muda itu dah jadi pengerusi syarikat balak.

Dia pohon dan menerima konsesi balak seluas 1,000 hektar (2,471 ekar) dari kerajaan.

Membalak kayu keras tropika yang amat berharga.

Dia anak siapa dan siapa PM pada tahun 1994 itu?

PM7 ingat, tak?

Jika PM7 tak ingat, PM4 tentu ingat.

Hari ini, anak muda tersebut adalah bakal Timbalan PM dicadang ayah dia.

Sebenarnya, PM7 tak perlu jawab isu ini.

Sebab anak dia sudah sah kan tahun lepas.

"Itu cerita lama, 1994. Saya pun sudah lupa. Saya membantu kawan, dia memohon (tanah), jadi dia meminta (saya) supaya terlibat sama. Jadi saya bantu macam itu sajalah, tetapi saya tidak dapat manfaat yang besar daripada penganugerahan tanah itu, 1,000 ekar ke 1,000 hektar saya tak pasti," kata Mukhriz.

"Balak: Saya hanya bantu kawan, itu cerita lama - Mukhriz"

Ya, manfaat tak besar ke mana pun. Untung kecil je.

Kerana membalak kayu keras tropika amat berharga seluas 2,471 ekar itu cuma untung kecil.

Lebih berbaloi jika niaga jual kuih.

Dari FB Najib Razak
28 Jun 2020


1 comment:

  1. bossku kasi kaw kaw atok tu... jangan kesian kesian lagi bossku..!!

    nak fak kasi fak trusss...!! jgn kasi muka no more kesian kesian

    ReplyDelete