AdSense

Friday, February 21, 2020

Peguam Negara Tommy Thomas laksana KUASA BUDI BICARANYA hentikan SERTA MERTA prosiding 12 individu kes LTTE


Peguam Negara Tommy Thomas hari ini melaksanakan KUASA BUDI BICARANYA untuk memberhentikan prosiding terhadap 12 individu dalam perbicaraan kerana didakwa terlibat dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) BERKUATKUASA SERTA-MERTA


Dalam kenyataan media sepanjang 11 mukasurat, Thomas berkata setiap seorang daripada mereka mempunyai di dalam telefon bimbit atau akaun Facebook mereka gambar Velupillai Prabhakaran dan pemimpin-pemimpin lain LTTE yang terbunuh semasa Perang Saudara di Sri Lanka.

“Sekiranya perbuatan sedemikian boleh terjumlah sebagai satu kesalahan jenayah, ia akan meletakkan undang-undang ke tempat yang tidak dihormati.

“Namun walaupun berkemungkinan terdapat elemen-elemen ‘perbuatan pengganas’ di pihak kesemua atau mana-mana antara 12 tertuduh LTTE dengan memiliki, mengedar atau memaparkan gambar-gambar tersebut atau Prabhakaran, ia adalah mustahil bagi pendakwaan untuk membuktikan bahawa mereka tidak termasuk dalam kategori pengecualian Seksyen 130B(4) Kanun Keseksaan yang mana ia sekadar terjumlah ‘sokongan, bantahan atau pertentangan pendapat’,” katanya.

Baca selanjutnya :
https://www.malaysiakini.com/news/511726

No comments:

Post a Comment