AdSense

Friday, February 21, 2020

Mesyuarat Majlis Presiden PH? This is Mahathir, Anwar akan terus bermimpi untuk jadi PM.

Hari ini difahamkan akan diadakan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan. Katanya akan membincangkan mengenai peralihan kuasa Perdana Menteri. Mahathir Mohamad akan serah kuasa kepada Anwar Ibrahim.

Lihat kepada kenyataan-kenyataan sebelum ini, Mahathir konsisten untuk serahkan kuasa kepada Anwar Ibrahim. Cuma apa yang tidak konsisten ialah mengenai tarikh rasmi. Tarikh yang ditetapkan. Tarikh yang tidak akan berubah-ubah.

Pada peringkat awalnya, semasa PH ditubuhkan, semua ketua-ketua parti dalam PH bersetuju menamakan Mahathir sebagai PM sementara. Sebab pada masa itu fokus utama mereka hanya nak tumbangkan UMNO BN.

Bila dah kata Mahathir akan jadi PM pada masa itu, sudah tentu orang Melayu khususnya menyokong. Mahathir dah jadi PM selama 22 tahun sebelum ini. Sebab itu banyak undi Melayu beralih dari BN kepada PH.

Bayangkan kalau ketika itu Anwar dinamakan sebagai PM?

Baik, sekarang senario politik berubah. Tekanan demi tekanan menimpa Mahathir. Mana yang kenal Mahathir pasti tahu, dia jenis yang pantang dicabar. Senyuman dia pada luaran tapi pemikiran dia sukar dijangka.

Sejak kebelakangan ini, kumpulan Pro Anwar seringkali meniup sentimen desakan supaya Mahathir undur. Dalam masa sama Mahathir akan tetap menjawab. "Ya saya akan undur". Tapi tarikh tidak dinyatakan. Ini yang membuatkan pro Anwar sakit hati.

Beginilah, kalau Mahathir sudah tetapkan tarikh sekalipun, ia tidak bermakna peralihan kuasa akan berlaku seperti yang ditetapkan.

Sudah lupa? Dulu Mahathir kata akan jadi PM selama 2 tahun. Kemudian 3 tahun. Tiba-tiba ada yang mahukan sampai habis penggal.

Sudah lupa? Mahathir dengan selamba tanpa rasa bersalah memungkiri janji manifesto PH pada PRU14. Katanya manifesto bukan kitab suci. Apa yang terkandung dalam manifesto tidak ditunaikan, dengan alasan hutang negara, hutang 1MDB, salah Najib salam UMNO BN. Tapi dalam masa sama dia buat Projek Kereta Nasional, Projek Kereta Terbang yang tidak ada dalam manifesto!

Ini Mahathirlah!

Apalah sangat janji dalam mesyuarat Majlis Presiden PH. Kuasanya terletak pada Mahathir satu orang.

Jadi, biarpun mesyuarat Majlis Presiden PH akan menetapkan tarikh peralihan kuasa PM, itu tidak bermakna ianya akan berlaku. Politik is about the number. Apa ingat Sarawak Report dedahkan SD menyokong Mahathir itu sengaja disiarkan? Sudah lupa editor Sarawak Report antara yang terawal jumpa Mahathir lepas PH menang PRU14?

Kesimpulannya, Anwar jadi PM Malaysia hanyalah mimpi yang tidak mungkin jadi realiti. Kesilapan Anwar ialah, takut dan lambat bertindak, mengikut atau menunggu rentak Mahathir serta terlalu yakin dengan janji Mahathir.

Suara Lensa
@ Bangunan Parlimen
21 Feb 2020

No comments:

Post a Comment