Syarikat milik Tabung Haji, TH Plantations baru mengumumkan pengeluaran bulan Disember 2019 mereka semalam.
Jumlah pengeluaran mereka jatuh teruk berbanding tahun tahun yang lepas.
Pengeluaran Buah Tandan Segar (BTS):
64,201.93 tan (2018: 81,193.88 tan)
Pengeluaran Minyak Sawit Mentah (CPO):
12,415.92 tan (2018: 17,401.09 tan)
Tidak dinyatakan faktor apa yang menyumbang kepada penurunan begitu besar ini - sama ada ianya sebab kurang membaja, faktor cuaca ataupun akibat penjualan ladang-ladang mereka.
Tapi TH Plantations memang telah selesai menjual 3 ladang sawit pada bulan Disember 2019.
Ini merupakan tiga syarikat pertama daripada 14 anak syarikat ladang sawit milik Tabung Haji yang telah diluluskan oleh kerajaan PH untuk dijual di mana jumlah saiz keluasan ladang sawit milik TH Plantations akan turun 76.2%.
Setelah penjualan 76.2% ini selesai, saiz ladang milik mereka akan jatuh dari 101,000 hektar ke 24,000 hektar dan TH Plantations akan menjadi syarikat yang jauh lebih kecil berbanding sekarang.
Sementara itu, Menteri Haji masih membisu.
Dari FB Najib Razak
No comments:
Post a Comment