AdSense

Friday, July 5, 2019

Tiba-tiba Tun M ajak UMNO masuk Bersatu. Mungkin ini sebabnya...


Tun M memang terkenal dengan strategi politiknya. Hari ini beliau sekali lagi tampil dengan gerak percaturan, mengangkat bidak menyusun langkah.

Atas nama Melayu, Tun M mempelawa UMNO dan parti-parti Melayu yang lain (baca PAS, Putra dan parti Sabah Sarawak) untuk menyertai partinya, PPBM.


Eh sejak bila Tun M prihatin pada perpaduan Melayu atau penyatuan Ummah? Mengenali Tun M, ini bukanlah cara beliau. Cara beliau ialah pecah dan perintah. Imej beliau lebih kepada 'perpaduan kroni' dan 'kekuatan famili'.

Sejarah UMNO lama dan UMNO baru, gerakan reformasi dan kemudiannya anti Najib, boleh dijadikan rujukan.

Apakah Tun M kini mulai insaf kerana perbuatan beliau memecah belahkan orang Melayu?

Adakah Tun M sekali lagi akan mengalirkan air mata, sebagaimana beliau merayu undi selepas berpelukan dengan DAP pada PRU14?

Adakah persengketaan PPBM-UMNO sama seperti persengketaan Mahathir-Lim Kit Siang dimana ianya boleh dimaafkan atas tiket 'perjuangan untuk Melayu'?

Politik segala-galanya tentang nombor.

Biarpun menjadi PM, tapi parti Tun M hanyalah minoriti di Parlimen. Kuasa terbesar adalah PKR dan DAP. Semua akui dan sedar. Tun M sedar, begitu juga (sudah tentu) Anwar dan Kit Siang. Lebih-lebih lagi ceramah 'superman Hew DAP' yang kata 'guna Mahathir' dan 'tunggang Mahathir' untuk dapatkan kuasa, terngiang-ngiang di telinga orang ramai.

Kenapa Tun M mengeluarkan kenyataan seperti ini menjelang peralihan kuasa Mahathir kepada Anwar? Apa bau sudah Tun M hidu? Adakah sudah ada yang melapor (laporan penuh) tentang gerak langkah Anwar?

Luka kecil Anwar bukan sebarang luka.

Pastinya kenyataan Tun M hari ini bukanlah ditujukan kepada UMNO mahupun PAS yang baharu saja digelar kafir.

Kenyataan Tun M ini adalah mesej buat Anwar dan Lim Kit Siang. PKR dan DAP. Sedikit untuk Mat Sabu dan PAN.

Kesimpulannya, gajah gergasi sedang menghentakkan kaki masing-masing.

Gelanggang Dewan Rakyat ketika ini memasuki Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua Parlimen ke 14. 1 Julai - 18 Julai 2019 selama 12 hari. Tak boleh tempoh ini, hujung tahun masih ada Mesyuarat Ketiga (36 hari) dan Penggal Ketiga sehinggalah genap 2 tahun pada 9 Mei 2020 - tarikh keramat yang ditunggu Anwar Ibrahim untuk menaiki kerusi empuk PM.

Selain nombor, politik juga adalah satu perlumbaan. Siapa paling cepat?

Sama-sama kita nantikan, gajah mana yang akan naik minyak dulu. Sebagai rakyat yang kerdil, suka tak suka, pergaduhan gajah ini pasti akan mencederakan kita. Namun ianya boleh dianggap bah besar - membersihkan kampung yang kotor.

#UndiTakPercaya
#BubarParlimen
#PRU15

1 comment:

  1. Brtul la mat sabun kata elephant fight elephant grass suffer in the middle...

    ingat 'bannana cannot fruits two times'

    video tu si renta seru perkuatkan parti UMNO bukan Cap Bunga

    kikikikiki...

    ReplyDelete