AdSense

Friday, July 5, 2019

Point nombor 14 tu win

1. Kerajaan PH telah dakwa anak tiri saya, Riza Aziz, di mahkamah hari ini kerana disyaki "cuci" wang.

2. Dia bukan didakwa curi wang, menyeleweng ataupun salahguna kuasa. Tetapi "cuci" wang.

3. Lima tuduhan hari ini adalah ke atas lima pindahan wang pelabur ke akaun bank syarikat filem dia iaitu Red Granite Holdings.

4. Kesemua dakwaan-dakwaan itu adalah transaksi yang berlaku di luar negara dan melibatkan pelabur asing serta bank asing.

Tidak ada satu pun transaksi berlaku dalam Malaysia.

5.  DOJ Amerika Syarikat pernah menyaman Riza dengan saman sivil lucuthak tentang lima-lima transaksi ini kerana mendakwa ada dana dari pelabur yang didakwa boleh dikesan sumbernya dari 1MDB.

6. Riza tidak pernah didakwa oleh DOJ dengan kes jenayah setelah 4 tahun DOJ siasat walaupun syarikat Riza itu berpangkalan di Amerika Syarikat dan sebilangan transaksi itu berlaku di Amerika Syarikat dan melibatkan bank Amerika Syarikat.

Segala pelaburan-pelaburan filem ada perjanjian pelaburan masing-masing. Saya difahamkan juga bahawa sebahagian dari dana pelaburan itu juga telah dipulangkan setelah projek berjaya.

7.  Malah kes lucuthak Riza telah digugurkan oleh DOJ setelah mencapai perjanjian penyelesaian di mana Riza membayar US$60 juta kepada DOJ. 

(keuntungan yang dijana dari dana yang sumbernya didakwa haram juga didakwa sebagai dana haram)

Difahamkan bahawa dana US$60 juta ini juga telah dihantar oleh DOJ kepada kerajaan Malaysia dua bulan lalu, siap bergambar lagi.

8. Tetapi, kerajaan PH tak puas hati dan telah mendakwa Riza di atas demi nafsu politik mereka.

9.  Riza telah lama meneruskan karier dia di luar negara dan pada masa itu saya tidak pernah terlibat atau mengetahui secara mendalam tentang kerjaya dan bisness dia.

10. Tapi apa yang saya fahami beberapa tahun yang lepas ialah dia telah menubuh sebuah syarikat yang bernama Red Granite untuk menerbitkan filem.  Dia telah menjadi penerbit filem (film producer).

11. Adalah lazim dalam industri filem Amerika Syarikat bahawa untuk setiap projek filem, penerbit filem akan mencari pelabur-pelabur.

12. Antara pelabur-pelabur ini termasuk beberapa individu tertentu yang dikatakan ada kaitan dengan dana 1MDB. Inilah punca DOJ mengambil tindakan masa itu.

13.  Antara filem-filem yang diterbitkan oleh syarikat Riza termasuk filem "Wolf of Wall Street" yang ramai penyokong PH gelar sebagai filem lucah.

14. Saya difahamkan bahawa filem ini bukan filem lucah atau filem semburit semata-matanya tetapi filem tentang riwayat seseorang yang mengandungi beberapa bahagian yang mengandungi unsur filem dewasa.

Filem ini juga dicalonkan lima kali untuk anugerah Oscar. Takkan filem lucah dicalonkan untuk Oscar? Sejak bila Oscar ada kategori filem lucah?

15. Perlu ingat bahawa Riza adalah penerbit filem dan bukan pengarah filem. Ianya pengarah filem yang menentukan apa kandungan dalam filem.

Pengarah filem itu juga adalah antara pengarah paling terkenal di dunia iaitu Martin Scorsese yang pernah menang Oscar. 

16. Akhirnya, filem yang dibintangi Leonardo DiCaprio berjaya kerana memperolehi penjualan tiket sebanyak US$392 juta (RM1.63 bilion) di seluruh dunia.

17. Filem-filem lain yang diterbitkan selepas ini oleh syarikat Riza turut berjaya termasuk:
-  filem Dumb and Dumber 2 yang dibintangi oleh Jim Carrey dan Jeff Daniels (penjualan tiket US$170 juta / RM705 juta)
- filem Daddy's Home 1 (penjualan tiket US$240 juta / RM1 bilion) yang dibintangi oleh Will Ferrel dan Mark Wahlberg.

18. Perniagaan Riza adalah untuk pasaran seluruh dunia. Dia tidak dapat apa-apa projek dari kerajaan Malaysia. 

19. Tapi memang dalam kuasa kerajaan PH untuk mendakwa sesiapa yang mereka mahu atas apa-apa sebab pun.

20. Kita hanya boleh mengupah peguam untuk melawan dan buktikan kebenaran serta menang di Mahkamah.

Namun kerajaan PH akan terus menindas saya dan keluarga saya bagi mengaburi kegagalan sebenar mereka mentadbir.

Dari FB Najib Razak

No comments:

Post a Comment