Thursday, August 9, 2018

Mahalnya makanan di kantin Parlimen!


Kisah benar ini adalah berdasarkan keluhan wartawan dan staff yang bekerja di bangunan Parlimen Malaysia.


Suatu ketika dahulu (semasa pentadbiran Barisan Nasional), kupon diberikan kepada mereka yang membuat liputan di Dewan Rakyat. Ia sekaligus membantu mengurangkan kos perbelanjaan seharian mereka.

Begitu juga dengan para pasukan media, pilot / driver. Penulis percaya ada dalam kalangan mereka mendapat duit poket RM10 pagi, RM10 tengahari, RM10 malam. Tapi ia bergantung kepada majikan masing-masing. Penulis yakin, duit itu hasil daripada gaji bulanan majikan (ahli parlimen). Baik sebelah kerajaan (BN) mahupun pembangkang ketika itu (PH). Mungkin dulu ia dilabel rasuah. Tapi ramai yang anggap ia sebagai kebajikan.

Namun, sejak Pakatan Harapan (PH) ambil alih pentadbiran negara (termasuk bangunan Parlimen), kupon makanan tadi dihentikan serta-merta.

Sama seperti elaun 'one-off' untuk para nelayan, peruntukkan RELA yang membuat kawalan di kawasan komuniti, Bantuan Sara Hidup (BASAH) yang separuh nilainya berbanding BR1M dan banyak lagi peruntukkan kepada orang miskin dihentikan. Tidak termasuk 17,000 penjawat awam (alasan lantikan politik) yang hilang pekerjaan. Lebih 3000 guru Al-Quran juga tidak lagi dapat RM300 - RM400 sepertimana zaman pentadbiran BN dulu.


Faham, kerajaan PH mengatakan bahawa negara sudah nazak apabila memiliki hutang mencecah RM1 trilion.

Tapi sampai bila kerajaan PH hendak menggunakan alasan RM1 trilion? Sedangkan dalam Dewan Rakyat Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Ketereh mengakui kesahihan laporan penarafan antarabangsa Moody's dan Bank Dunia? Jelas hutang negara hanya RM686.8 bilion atau 50.8% daripada KDNK!





Saat tetamu VIP (Perdana Menteri dan isteri, Timbalan Perdana Menteri dan Speaker Dewan Rakyat) dihidangkan daging mewah wagyu (chef kata RM280 sekilo), apalah salah kerajaan PH berkebajikan kepada rakyat yang lebih memerlukan?


Artikel berkaitan : Disebalik kisah daging wagyu untuk hidangan pemerintah

Tidak semua rakyat yang lahir daripada keluarga orang kaya, mampu memiliki kereta super mewah Bugati, memiliki kediaman bagai istana, percutian mewah bersama kawan-kawan, dikurniakan projek berbilion-bilion...


Oleh yang demikian, adalah elok kalau kerajaan PH 'mengkaji' semula slogan Selamatkan Malaysia. Nyatakan dengan lebih jelas, siapa sebenarnya yang hendak diselamatkan. Anak beranak keluarga pemimpin, kroni rapat pemimpin atau rakyat jelata yang bergelut dengan kenaikan kos sara hidup (tak kisahlah kalau nak kata BN penyebab kenaikan kos sara hidup). Ya, nyatakan secara jelas slogan yang dilaung-laungkan itu.

Penulis percaya, rakyat Malaysia tidak mahu berterusan rasa tertipu. Sama seperti slogan Mansuhkan GST. Akibat tidak dijelaskan secara terperinci maka rakyat terpaksa menepuk dahi apabila maksud slogan tersebut yang sebenarnya ialah GST 6% diganti dengan SST 16%!

SUARA LENSA
9 OGOS 2018

No comments:

Post a Comment