Friday, August 10, 2018

Hadiah istimewa buat rakyat #MalaysiaBaru sempena Hari Kemerdekaan


Sebab itu kalau orang tua-tua kata jangan sesekali melawan apatah lagi menyanggah.


Mereka lebih berpengalaman. Ini maksud 'makan garam dulu'.

Tapi istilah itu disalah erti - Sebab makan garamlah banyak penyakit.

Setidak-tidaknya penyakitnya masih boleh dirawat. Bukan terus kanser tahap 8 atau pengidap HIV yang kronik.

Sekarang, terimalah hadiah istimewa sempena Hari Kemerdekaan.

"Pengiraan peningkatan harga ini (RM1,500-RM3,000) dibuat berdasarkan tindakan kerajaan terdahulu memperkenalkan GST bagi menggantikan SST di mana terdapat pengurangan dalam harga kereta Proton sekitar RM1,500 hingga RM3,000 pada waktu itu.       

"Justeru, apabila SST diperkenalkan semula, kami menjangka akan ada peningkatan harga dalam kuantum sama," kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Abdul Rashid Musa, 9 Ogos 2018.

Usia negara sudah melepasi separuh abad tapi nampaknya perjalanan negara kita beralih haluan - ke belakang!

Nak atau tak nak, suka atau tidak, inilah realitinya. Kejayaan menumbangkan Barisan Nasional mengundang kemudaratan yang lebih buruk.

Bagai malapetaka sedang melanda negara. Ia tak pilih siapa. Kau undi PH atau BN, semua merasa malapetaka itu.

Satu soalan, Selamatkah Malaysia?


No comments:

Post a Comment