AdSense

Friday, August 3, 2018

Macai Politik - Menteri Syed Saddiq, siapa Aizad Roslan?


Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar


Penulis sangat bersetuju dengan ucapan Menteri Belia dan Sukan Pakatan Harapan, Syed Saddiq berhubung isu 'belia macai politik'.

Hakikat menyedari bahawa apa yang diperkatakan Syed Saddiq itu sudahpun dilaksanakan oleh pemerintahan Barisan Nasional dulu. Maka timbul persoalan, apa yang baharu?

Bagi penulis, apa yang baharu ialah penggunaan bahasa menteri muda ini. Macai politik dilihat lebih kasar dan biadap. Walhal Syed Saddiq boleh saja menggunakan perkataan yang lebih manis dalam Dewan Rakyat. Tambahan pula Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan kita ini cukup indah.

Banyak lagi perkataan atau ayat yang boleh diungkapkan sebagai seorang Ahli Parlimen. Tak perlu penulis nyatakan apa perkataan yang boleh menggantikan 'macai politik'.

Namun ada perkara yang lebih menarik minat penulis.

Apakah Syed Saddiq cakap tak serupa bikin? Mungkin niat Syed Saddiq ialah mahu menghentam BN. Tapi tanpa sedar Syed Saddiq telahpun membuka pekung sendiri.

Siapa Mohd Aizad Roslan?

Beliau adalah Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM). Ketika zaman pemerintahan BN, Mohd Aizat juga merupakan pemimpin muda yang kuat menyokong PPBM. Kempen PRU14 juga menyaksikan Mohd Aizat begitu sibuk mengibarkan bendera Pakatan Harapan. Jangan tak tahu, Ketua Armada Kedah ini juga merupakan calon Pakatan Harapan! Tapi tewas apabila hanya meraih 6337 undi. PAS menang dengan 9573 undi, BN 8288 undi.


Walaupun kalah, difahamkan Aizad kini berkhidmat dalam kementerian Syed Saddiq, betulkah? Sama seperti pakar strategi PPBM Wan Saiful Wan Jan yang jadi Pengerusi PTPTN (kata kalau menang pilihanraya tak akan ada lantikan politik).

Sebab itu penulis katakan bahawa, apa yang Syed Saddiq bawakan dalam Parlimen semalam sudahpun dilaksanakan BN. BN tidak sesekali menyekat mana-mana pihak baik kumpulan atau individu untuk menyokong mana-mana parti. Inilah maksud demokrasi sebenar.

Apa yang baharu?

2 comments:

  1. Ph lagi teruk dari bn...

    ReplyDelete
  2. Buruk buruk Najib, hidup lagi aku dengan tenang. Buruk buruk Najib, aku nak kutuk sesiapa pun aku rasa bebas. Sekarang di zaman diktator 2.0, walaupun ISA dah tak ada aku rasa terikat dan tak bebas. Banyak yang dilakukan Najib tapi rakyat ludah dia ke tepi.

    ReplyDelete