AdSense

Monday, August 6, 2018

Kerjasama UMNO-PAS masih muda


KERJASAMA UMNO-PAS BELUM TERMETERAI SEPENUHNYA

1. Kerjasama UMNO-PAS mula meniti di bibir sejak Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis terutama apabila PAS bersetuju tidak meletakkan calonnya.


2. Ramai yang membuat andaian bahawa calon Barisan Nasional (BN) akan mendapat jumlah undi bersamaan dengan jumlah yang diperolehi UMNO dicampur jumlah undi diperolehi PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, iaitu kira-kira 18,000 undi.

3. Taiko dan 'mastermind' Pakatan Harapan (PH), Lim Kit Siang, dengan cepat mengambil kesempatan menanam hasutan, malah cuba menggunakan analogi Islam dan kleptokrasi.

4. Ramai, termasuk pemimpin UMNO, yang tidak tahu apa sebenarnya bentuk kerjasama yang dicapai oleh kedua-dua UMNO dan PAS.

5. Sebenarnya kerjasama kedua-kedua parti masih di peringkat terlalu awal tetapi sangat penting.

6. PRK Sungai Kandis bukan kayu pengukur kerjasama ini.

7. Ini kerana persetujuan hanya tercapai di peringkat persefahaman meletakkan satu calon, tetapi daripada segi gerakan, kempen dan lain-lain belum termeterai.

8. Malah pemimpin kedua-dua parti belum bersetuju untuk berkongsi pentas atau menyelaraskan jentera kempen.

9. Dalam kata lain kedua-dua parti belum bergerak sebagai satu badan seperti mana PH bergerak.

10. Ruang untuk kerjasama sebenar masih terbuka luas dan belum teruji.

11. Ia akan terus diusahakan untuk memantapkan perjuangan rakyat.


12. UMNO akan terus mengambil sikap terbuka dan pragmatik untuk terus meneroka rekayasa perjuangan rakyat.

13. Rakyat memerlukan perlindungan daripada corak pemerintahan PH yang banyak dikuasai sosialis DAP khususnya bagi bumiputera dan umat Islam pada keseluruhan.

14. Perjuangan kita teruskan.


KENYATAAN MEDIA
SETIAUSAHA AGUNG UMNO, TAN SRI ANNUAR MUSA
Ahad, 05.08.18

Gambar - Media Sosial

No comments:

Post a Comment