AdSense

Wednesday, July 25, 2018

Video: Annuar sedia tawar ‘kursus’ kepada Ahli Parlimen DAP


24 JULAI: Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa ‘menawarkan’ kursus kepada Ahli Parlimen DAP Jelutong,  RSN Rayer untuk menjadi ahli parlimen yang baik ekoran tindakannya suka mencelah tanpa kebenaran ketika perbahasan sedang berlangsung.


Ketika Annuar sedang membahaskan usul Titah Yang Di-Pertuan Agong hari ini, Rayer bangun mencelah dan meminta Annuar menarik balik kenyataan ‘diktator’ kerana mendakwa ia ditujukan kepada  Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof tidak meminta kenyataan itu ditarik balik kerana merasakan ia tidak ditujukan kepada mana-mana ahli parlimen setelah berpuashati dengan penjelasan Annuar.

“Saya ulang sekali lagi, tanda-tanda yang sedang melanda kerajaan PH menunjukkan  wujudnya unsur-unsur autokratik, diktatorial dan one man show telah berlaku,” kata Annuar.

Rayer yang tidak berpuas hati dengan penjelasan itu bangun dan meminta ia ditarik balik, namun Mohamad Ariff tetap dengan keputusan untuk membenarkan Annuar meneruskan perbahasan tetapi Rayer masih bertegas menuntut Annuar menarik balik perkataan itu.

“Kalau nak kursus, saya boleh buat kursus untuk menjadi ahli parlimen yang baik,” sindir Annuar.

Terdahulu, Annuar menyelar soalan Rayer berkaitan index rasuah yang didakwa ada kaitan dengan kerajaan lalu.

“Kenapa tanya saya? Kalau nak tahu mengenai index rasuah, tanya perdana menteri. Kalau nak jadi pembangkang, duduk belah sini (kiri).

“Soalan itu patut tanya kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, yang pernah dikaitkan dengan rasuah,” katanya.

Sebelum ini, Rayer turut menjadi perhatian kerana mewujudkan suasana kecoh di dalam dewan kerana  tidak meminta izin terlebih dulu untuk memohon penjelasan ketika perbahasan.

Dalam perbahasannya, Annuar turut menyentuh peranan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) yang dilantik Dr Mahathir dan beliau mendesak CEP dibubarkan. –Oleh MAHIRAH ZAKARIA

Sumber : https://www.bnpportal.com/annuar-sedia-tawar-kursus-kepada-ahli-parlimen-dap/

Ikuti sedutan perbahasan Annuar di Dewan Rakyat, pada Selasa.

No comments:

Post a Comment