AdSense

Tuesday, July 24, 2018

Siapa bos?

Ketua Pembangkang Zahid Hamidi tanya soalan kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengenai pinjaman mudah dari negara Jepun.

Tapi Perdana Menteri Mahathir Mohamad yang jawab sebab Guan Eng tak datang.

Mahathir jumpa media mengadu kata tak puas hati dengan Menteri dan Timbalan Menteri yang tak datang Parlimen.

Sementara itu ditempat lain, Guan Eng ditanya mengenai perkara ini. Dia cakap soalan Zahid itu untuk dijawab Mahathir.

Okay tak lama dah tu.... Pakatan Harapan akan jadi Pakatan Hancur :)

1 comment:

  1. Kehadapan pimpinan kerajaan ph.
    Tahniah di atas kemenangan di PRU14 lalu. Sememangnya keputusan PRU14 baru² ini amat mengejutkan pelbagai pihak terutama pihak kami Barisan Nasional (BN). Walaupun begitu sebagai pihak yang waras dan rasional, kami menerima kehendak dan suara rakyat untuk melakukan perubahan kepimpinan persekutuan buat kali pertamanya biarpun terlalu perit untuk kami menghadapinya.
    Setelah lebih 60 tahun kami menabur jasa memacu pembangunan dan kemajuan rakyat dan negara, tidak dinafikan kami juga mempunyai kelemahan dan kekurangan yang tersendiri. Namun kekurangan dan kelemahan ini biarpun kami telah berkali² berusaha untuk memperbaikinya, ianya tidak juga mampu untuk membuka pemikiran rasional rakyat. Akhirnya budi kami selama ini dibalas tuba pada 09/05/2018. Tidak mengapalah, kami akur dengan apa yang diputuskan rakyat dan kini kami menjadi pembangkang bukan sahaja untuk kebanyakan negeri malah turut bergelar pembangkang di peringkat pusat.
    Memikirkan bahawasanya tugas menjadi pembangkang ini bukanlah mudah seperti yang disangka, kami memohon agar pihak kerajaan kiranya sudilah untuk 'mengajar' kami bagaimana menjadi 'pembangkang' seperti sebelum 09/05/2018. Sesungguhnya kami tidak 'pandai' untuk bercakap bohong, memanipulasi isu, mencipta fitnah dan cerita palsu, menyampai maklumat tidak benar dan menyebarkan berita² yang tidak sahih.
    Kami juga bukanlah pihak yang 'arif' untuk melakukan demontrasi tunjuk perasaan, melakukan bantahan² dengan disertai perbuatan ganas seperti merosakkan harta awam dan hak milik kerajaan, mengadakan perhimpunan haram sambil melanggar undang², menyalahgunakan kebebasan media dan yang seumpamanya.
    Kami juga tidak memiliki 'kepakaran' untuk memaki hamun, mengumpat mencaci, memesongkan pemikiran dan kewarasan rakyat, berjanji kosong, mengkhianati amanah serta berhujah dangkal.
    Kami juga mengakui kami tidak 'profesional' dalam hal ehwal membuat kenyataan merapu, mengarut, merepek² dan mempersenda serta mempermainkan sentimen rakyat.
    Sebenarnya terlalu banyak yang kami mohon 'diajarkan' oleh pihak kerajaan yang selama ini cukup 'berpengalaman' di dalam melakukan perkara² yang telah kami sebutkan di atas tadi dan mungkin ada banyak lagi yang tidak tersebutkan. Ini disebabkan selama lebih 60 tahun, kami hanya tahu untuk menunaikan janji, menggalas amanah, kurangkan bercakap tetapi lebihkan kerja, menjalankan aktiviti² berfaedah dan merangka dasar² yang memberi kebaikan kepada rakyat dan negara. Pendek kata, kami tak pandai membuat perkara² yg pernah dilakukan oleh pihak kerajaan ph sebelum ini.
    Akhir kalam, semoga pihak ph akan mampu melakukan yang terbaik demi masa depan rakyat dan negara tercinta ini. Laksanakanlah amanah rakyat dengan lebih terbaik berbanding rekod lebih 60 tahun kami itu.

    ReplyDelete