AdSense

Monday, March 12, 2018

JobMatchingPTPTN Bantu 300,000 Graduan Cari Kerja


Kerajaan di bawah pentadbiran PM Najib terus komited mewujudkan inisiatif baru dalam membantu graduan mendapatkan pekerjaan mereka.

Terkini, kerajaan dengan kerjasama PTPTN melancarkan Program JobMatchingPTPTN yang bakal membantu lebih 300,000 pascasiswazah yang belum membuat bayaran balik pinjaman untuk mendapatkan pekerjaan.

Melalui program ini, portal www.jobmatchingptptn.my menawarkan lebih 5,000 peluang pekerjaan, ia membantu peminjam membuat permohonan jawatan kosong, membuat padanan antara kelayakan akademik, pengalaman dan minat peminjam dengan jawatan kosong.

Selain itu, peruntukan awal RM20 juta turut diberikan bagi membiayai latihan kemahiran tambahan untuk 10,000 peminjam terawal. 

Pada 2017, PTPTN juga telah mencatatkan peningkatan bayaran balik pinjaman dengan kutipan RM3.98 bilion berbanding tahun sebelumnya RM3.43 bilion.

#BarisanProRakyat

No comments:

Post a Comment