AdSense

Tuesday, March 13, 2018

Tokong LGE Dah Angkat Bendera Putih?


Nampaknya Tokong Guan Eng dah boleh mula kemas barang-barang dia dalam Pejabat KM Penang tu.


Yelah, semenjak dia mula namakan orang lain ganti tempat dia, maksudnya Guan Eng sedarlah yang dia akan kalah dalam kes rasuah pembelian rumah banglo di bawah harga pasaran.

Kes pembelian banglo akan dibicarakan semula 26 Mac ni. Tak tahulah auta apa lagi Guan Eng akan bawa ke mahkamah pasal rumah yang dibeli dengan harga RM2.8j yang nilai asalnya RM4.27j.

Selama ni dia asyik kata jadi mangsa sasaran BN.

Lah, salah sendiri taknak mengaku senang-senang nak tuduh orang.

Bukan itu jer, jawatan Guan Eng tu mungkin bertahan beberapa bulan ni jer, pasalnya Azeez Rahim dah serahkan notis tuntutan saman sebab Tokong sampai sekarang tak minta maaf sebab kaitkan nama dia terima rasuah RM3j.

Kononnya dia betul, cabar jumpa Azeez di mahkamah. Sekarang ni jawablah kenapa suka sangat fitnah orang.

Macam biasalah, puak-puak DAP ni asyik kata BN dok sabotaj, sengaja cari isu nak lemahkan diorang. Padahal benda ni datang dari diri mereka sendiri! Ini tak lain drama nak raih simpati orang ramai la sempena PRU14.

#TolakPolitikFitnah #PakatanProDAP #TolakPakatanPRU14

1 comment:

  1. Kemas barang sendiri dan juga fail-fail sulit di Komtar untuk keselamatan diri dan kroni-kroni.

    ReplyDelete