AdSense

Monday, March 12, 2018

Malaysia juga akan ada tram tak lama lagi


Semasa bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad nak buat kereta sendiri menerusi Proton, ramai yang tak yakin dan percaya. Namun hari ini kereta buatan nasional menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.


Ya benar Proton melalui waktu sukarnya sehingga pernah rugi dan di bailout kerajaan. Tapi setelah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ambil alih Putrajaya, jenama Proton bangkit mencatat keuntungan sekaligus membersihkan nama Proton.

Apa yang penulis hendak tekankan di sini ialah soal perjalanan pemodenan negara kita. Biarpun Mahathir digelar Bapa Pemodenan tapi Najib sebagai Bapa Transformasi terus mengatur langkah memacu negara menjadi lebih baik.

Penambahbaikan sistem pengangkutan awam umpamanya menjadi keutamaan Najib sejurus menduduki kerusi Perdana Menteri pada tahun 2009. Kewujudan agensi bernama SPAD setahun kemudian (3 Jun 2010) membuktikan bahawa Najib dan kerajaan Malaysia benar-benar komited membangunkan sistem pengangkutan awam darat seterusnya memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

Tahukah pembaca :

VISI SPAD ialah menerajui transformasi pengangkutan awam darat untuk menjadi mod pilihan rakyat.

MISI SPAD pula ialah memastikan sistem pengangkutan awam darat adalah selamat, boleh diharap, responsif, mudah diakses, terancang, bersepadu, mampu dibayar dan lestari bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kualiti hidup.

Minggu lepas, pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ada mengatakan hasratnya untuk membina tram di negara ini. Ya, satu perkhidmatan serupa di negara-negara maju yang lain. Macam tak percaya saja bukan?

Memetik kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah ketika membentangkan Laporan Tahunan SPAD 2017 pada 6 Mac lalu, pihaknya sedang berusaha untuk membina perkhidmatan tram di sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Kajang dan Bangi.

Untuk makluman, ini susulan daripada kajian kebolehlaksanaan manakala pihak kerajaan telahpun memberi kebenaran untuk membuka permohonan cadangan (RFP) seterusnya membentangkan projek dan model tram yang bersesuaian.

Melihat kepada perkembangan semasa, RFP ini dijangka akan diumumkan dalam tempoh tiga hingga enam bulan akan datang.

Terbukti di sini bahawa pihak kerajaan memberikan perhatian serius terhadap sistem pengangkutan awam di negara ini. Bukan retorik, bukan janji kosong dan bukan juga gula-gula pilihanraya. Ingat, SPAD sudah wujud sejak tahun 2010 lagi!

Sedikit info mengenai perkhidmatan tram :


  • Laluan sepanjang 53KM.
  • Akses kepada MRT Sg Buloh-Kajang, MRT Sg Buloh-Serdang-Putrajaya dan Projek Keretapi Laju KL-Singapura (HSR).

Mungkin ada yang bertanya, kenapa buat di Putrajaya, Cyberjaya, Kajang dan Bangi?

Jawapannya adalah, kesemua lokasi ini mempunyai jalan yang lebih luas berbanding kawasan lain. Ia lebih sesuai untuk membina sistem tram.

Selain itu, kos pembinaannya juga lebih efektif dan 15 peratus lebih murah berbanding monorel.

Penulis secara jujurnya begitu teruja dengan berita ini. Dalam keghairahan mengejar kemodenan, apa jua perkaitan melibatkan kos sering diutamakan semata-mata mahu memastikan ianya relevan dan berpatutan.

Teringat projek MRT yang berjaya menjimatkan kos sehingga RM2 bilion. Lebih menarik, ianya dapat disiapkan lebih awal daripada apa yang dirancang.

No comments:

Post a Comment